Premium
Kes lebihi 8 juta tapi kini tular lebih perlahan
Badan pelancongan dunia: Pemulihan 3-4 tahun jika tiada kerjasama global, langkah sesuai
Sep 12, 2020 | 5:30 AM
PALING TERUK TERJEJAS: Pemandangan di Unit Jagaan Rapi (ICU) yang merawat pesakit Covid-19 di Hospital Gilberto Novaes di Manaus, Brazil. Negara itu terus merupakan yang paling teruk terjejas oleh Covid-19 di Amerika Latin, dengan 4.2 juta jangkitan dan lebih 128,000 kematian. - Foto AFP -
MEXICO CITY: Bilangan jangkitan koronavirus Covid-19 melepasi lapan juta di Amerika Latin, rantau yang mempunyai kes paling banyak di dunia, kelmarin, walaupun ada tanda virus itu kini merebak lebih perlahan di beberapa negara.
Sepanjang minggu lalu, purata kes harian di rantau itu turun ke 67,173 hingga Rabu, daripada 80,512 dalam tujuh hari sebelumnya, menurut kiraan Reuters, berdasarkan angka pemerintah.

