Topic followed successfully
Go to BHkuKes LRT bertembung di M'sia: Laporan siasatan sah insiden akibat kecuaian, pengabaian SOP
Kes LRT bertembung di M'sia: Laporan siasatan sah insiden akibat kecuaian, pengabaian SOP
Kes LRT bertembung di M'sia: Laporan siasatan sah insiden akibat kecuaian, pengabaian SOP
KUALA LUMPUR: Laporan Jawatankuasa Siasatan Insiden Perlanggaran Tren LRT Kelana Jaya, mengesahkan insiden tren bertembung berhampiran Stesen KLCC pada 24 Mei lalu berpunca akibat kecuaian manusia.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong ketika membentangkan laporan berkenaan dalam sidang media pada Khamis (10 Jun), berkata pemandu dan pengawal Pusat Kawalan Operasi (OCC) didapati mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) kritikal ketika kejadian.
"Siasatan mendapati ketika proses pemindahan Tren 40 untuk diset semula dan dikembalikan kepada Operasi Tren Automatik (ATO), kedua-dua hostler (pemandu) dan pengawal OCC telah mengabaikan SOP kritikal tertentu.
"Ini secara tidak sengaja mengakibatkan Tren 40 bergerak secara manual ke arah Gombak (arah utara) dan bukannya ke selatan menuju ke depoh," katanya dalam sidang media secara dalam talian.

