SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Kes mati dilontar batu: Lima belia HK diberkas

Kes mati dilontar batu: Lima belia HK diberkas

Dec 14, 2019 | 5:35 PM

Kes mati dilontar batu: Lima belia HK diberkas

TUNJUK PERASAAN: Rakaman video kejadian itu menunjukkan dua kumpulan penunjuk perasaan melempar batu terhadap satu sama lain sehingga menyebabkan salah seorang lelaki yang terkena batu itu terjatuh.
TUNJUK PERASAAN: Rakaman video kejadian itu menunjukkan dua kumpulan penunjuk perasaan melempar batu terhadap satu sama lain sehingga menyebabkan salah seorang lelaki yang terkena batu itu terjatuh. - Foto YOUTUBE

HONG KONG: Lima belia Hong Kong ditangkap berkaitan dengan kes kematian lelaki yang dilontar di kepalanya dengan batu sewaktu tunjuk perasaan antara dua golongan, penyokong pemerintah dan antipemerintah kelmarin.

Mengesahkan demikian dalam satu laporan The Straits Times semalam, polis Hong Kong berkata tiga belia lelaki dan dua perempuan berusia antara 15 dengan 18 tahun ditangkap kerana didakwa membunuh, merusuh dan mencederakan lelaki tersebut.

Mereka kini ditahan bagi siasatan lanjut.

Kejadian ngeri itu berlaku sekitar pertengahan November sedang gerakan prodemokrasi masuk bulan kelima dengan penunjuk perasaan muncul berkempen serata kota.

Klip video berkenaan kejadian itu menunjukkan kumpulan penunjuk perasaan yang bermusuhan saling melempar batu sehingga seorang lelaki tiba-tiba rebah kerana terkena batu yang dilontar.

Lelaki berusia 70 tahun itu kemudian digegaskan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri. Beliau disahkan mati keesokan hari.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg