Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes orang 'minum' racun untuk tangani koronavirus di AS meningkat

Apr 27, 2020 | 10:48 AM
MEMBAHAYAKAN DIRI: Pusat Kawalan Racun New York City menyaksikan peningkatan jumlah kes orang yang menggunakan cecair pembasmi kuman yang sering digunakan di rumah, untuk menangani koronavirus, meningkat kepada 30 kes dalam tempoh 18 jam, berakhir 3 petang, 24 April lalu.
MEMBAHAYAKAN DIRI: Pusat Kawalan Racun New York City menyaksikan peningkatan jumlah kes orang yang menggunakan cecair pembasmi kuman yang sering digunakan di rumah, untuk menangani koronavirus, meningkat kepada 30 kes dalam tempoh 18 jam, berakhir 3 petang, 24 April lalu. - - Foto: EPA-EFE

NEW YORK: Pusat Kawalan Racun New York City menyaksikan peningkatan jumlah orang yang meminum cecair pembasmi kuman yang sering digunakan di rumah, selepas Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump memberi bayangan tindakan tersebut dapat memerangi koronavirus.

Radio Awam Nasional (NPR), pertubuhan yang tidak mencari untung, melaporkan pusat itu telah mendaftarkan 30 kes dalam masa 18 jam sejak 3 petang Jumaat lalu (24 Apr), berbanding hanya 13 kes sahaja bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Sembilan dari kes yang ada dikaitkan dengan pendedahan kepada Lysol, 10 "khusus berkaitan cecair peluntur" dan 11 lagi terdedah kepada cecair pembersih rumah yang lain, menurut jurucakap Jabatan Kebersihan dan Kesihatan Mental, Encik Pedro Frisneda, kepada NPR.

Di taklimat berita Khamis lalu, agensi berita Agence France-Presse (AFP) melaporkan bahawa pemimpin Amerika itu mengejutkan dunia apabila menyatakan doktor mungkin boleh merawat orang yang dijangkiti koronavirus dengan memancar lampu ultralembayung ke dalam badan mereka, atau menyuntik cecair pembasmi kuman yang digunakan di rumah ke tubuh mereka.

"Kemudian saya nampak cecair pembasmi kuman, di mana ia menghapuskan (virus) dalam seminit. Satu minit. Dan ada cara untuk kita lakukan sedemikian, dengan menyuntik ke dalam (badan) atau hampir satu pembersihan? Kerana anda nampak ia pergi ke paru-paru dan melakukan sesuatu yang hebat ke atas paru-paru," katanya.

Selepas kenyataannya ditolak dengan keras oleh pakar perubatan dan pengeluar cecair pembasmi kuman, Encik Trump pada Jumaat lalu mendakwa beliau hanya menyindir.

"Saya hanya mengemukakan soalan sindiran kepada wartawan seperti anda untuk melihat apa yang akan berlaku," katanya kepada wartawan pada Jumaat lalu. - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg