Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes pasangan S'pura buang bayi di Taiwan: Sampel darah di bilik hotel padani DNA bayi

Mar 04, 2019 | 04:12 PM



POLIS Taiwan mengesahkan hari ini (4 Mac) bahawa sampel darah yang diambil dari bilik hotel seorang wanita Singapura, yang didakwa membuang bayi yang baru dilahirkannya, memadani DNA bayi perempuan itu.



Ini menyusuli satu siasatan yang dilancarkan pihak berkuasa berhubung pasangan Singapura yang disyaki membungkus bayi itu dalam beg plastik hitam dan membuangnya dalam tong kitar semula makanan di Taipei.



Menurut polis tempatan, bayi yang ditemui dengan uri dan tali pusatnya masih utuh itu dipercayai telah dibuang sejurus selepas dilahirkan pada 26 Februari lalu.



Media tempatan melaporkan bahawa seorang wanita berusia 24 tahun serta teman lelakinya yang berusia 23 tahun, kedua-duanya dari Singapura, telah dikenal pasti sebagai suspek utama.



Pihak berkuasa Taiwan kini akan mengambil langkah seterusnya untuk menentukan sama ada bayi itu meninggal dunia sebelum atau sesudah dilahirkan menerusi autopsi.



Selepas mengesahkan punca kematian, polis Taiwan dijangka menghubungi Pasukan Polis Singapura (SPF) bagi meminta bantuan mereka.



SPF berkata semalam mereka telah dihubungi pihak berkuasa Taiwan dan sedang menanti permintaan rasmi daripada mereka berhubung bantuan yang diperlukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >