Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes pelawak didakwa hina Islam: Operasi kelab komedi di Kuala Lumpur digantung sementara

Jul 10, 2022 | 03:09 PM



KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggantung sementara secara serta-merta lesen sebuah kelab komedi susulan tular video seorang wanita didakwa menghina Islam ketika membuat persembahan di premis berkenaan, baru-baru ini.



Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, berkata DBKL tidak akan berkompromi dalam isu sebegini terutama membabitkan sensitiviti agama, lapor Berita Harian Malaysia.



"DBKL sudah membuat siasatan lanjut terhadap lesen premis berkenaan dan tindakan menggantung sementara pengoperasian premis berkenaan sudah dilakukan secara serta-merta.



"Ini suatu mesej jelas Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan DBKL tidak akan sama sekali bertoleransi dengan apa jua aktiviti yang melanggar mana-mana sensitiviti membabitkan agama, bangsa dan kedaulatan negara," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad (10 Julai).



Katanya, isu ini mendapat kecaman daripada penduduk berhampiran dan netizen di media sosial yang berpendapat, video tular berkenaan jelas dan terang satu perbuatan bertujuan menghina serta mencemarkan imej agama Islam.



Justeru itu, beliau berharap, insiden sebegini tidak akan berulang lagi di mana-mana premis yang berada dalam Wilayah Persekutuan mahupun di seluruh negara.



"Operasi penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa, di samping laporan orang awam juga sentiasa diperlukan bagi memastikan perkara sebegini tidak berulang lagi," katanya.



Dalam pada itu katanya, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) juga difahamkan sudah melakukan siasatan melalui Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman ke atas kes itu.



"Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan atau niat jahat memudaratkan keadaan harmoni.



"Siasatan turut dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian," katanya.



Pada Sabtu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam kenyataannya, memaklumkan sudah melakukan siasatan awal berhubung pendedahan video tular itu yang memaparkan seorang wanita yang mengaitkan dirinya dengan Islam membuka pakaiannya secara terbuka. - Berita Harian Malaysia (BHM)



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >