Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes 'pembunuhan tandas': Polis Indonesia tangkap dua lagi suspek

Dec 30, 2016 | 09:07 AM



JAKARTA: Polis Indonesia menangkap dua lagi suspek kes 'pembubuhan tandas' di Jakarta, menjadikan jumlah yang ditangkap tiga orang.



Seorang lagi suspek, Ramlan Butarbutar, yang menurut polis menjadi ketua geng rompakan itu, mati selepas ditembak polis ketika mengacukan pedang untuk menentang penangkapan pada Khamis (29 Dis).



Seorang suspek terakhir masih diburu, kata polis.



Pihak berkuasa berkata mereka berharap untuk segera menemu bual Cik Agnesya Kalangi, balu hartawan Dodi Triyono, 59 tahun, antara enam orang yang ditemui mati dalam tandas rumah di kawasan mewah Pulo Mas itu.



Encik Agnesya, seorang model berusia 19 tahun, sedang hamil dan tidak berada di rumah itu ketika rompakan tersebut.



Tidak jelas apakah beliau tinggal di rumah mewah itu atau di sebuah apartmen berdekatan, lapor laman web Jakarta Post pada Khamis, dengan memetik dua sumber berbeza.



Cik Agnesya sedang tujuh bulan anak pertama mereka, menurut beberapa laporan berita.



Encik Dodi pernah berkahwin dua kali sebelum ini dan mempunyai enam anak, termasuk dua anak perempuan yang turut meninggal dunia dalam rompakan itu.



"Adalah jelas (penceroboh) di sana untuk melakukan rompakan di Pulo Mas," kata jurucakap polis Jakarta Argo Yuwono kepada pemberita pada Khamis.



Polis berkata barang-barang berharga diambil dari rumah itu, tetapi tidak memberi butiran lanjut.



Empat penceroboh itu memasuki rumah tersebut pada Isnin (26 Dis) melalui pintu depan dan mengunci 11 mangsa semalaman di tandas sebesar 1.5m kali 1.5m.



Encik Dodi, seorang usahawan hartanah dan arkitek, dan lima yang lain ditemui mati pada Selasa. Selain beliau dan dua anaknya yang berumur sembilan dan 16 tahun, seorang kawan anaknya dan dua pemandu beliau turut meninggal dunia.



Lima mangsa yang terselamat ialah seorang lagi anak perempuannya, Zanette Kalila Azaria, 13 tahun, dan empat pembantu rumah.



Ketua Polis Jakarta Mochamad Iriawan berkata: "Ramlan yang mengurung mereka. Kunci bilik mandi itu dibuang."



Polis menggunakan rakaman litar tertutup (CCTV) rumah itu untuk mengenal pasti perompak tersebut. Ramlan, seorang penjenayah yang pernah dipenjara, dikenal pasti dan dijejak di sebuah rumah di Bekasi, Jawa Barat, esoknya.



Ketua Polis Negara Tito Karnavian berkata kumpulan itu diketahui kerap merompak rumah mewah sekitar Jakarta menggunakan keganasan melampau.



"(Ramlan) sering merompak rumah semasa cuti umum, terutamanya apabila rumah terbuka atau mempunyai keselamatan minimum. Dia akan memilih rumah yang pintu depannya terbuka," kata Jeneral Tito pada Rabu, menurut laman berita jakartaglobe.id.



"Selepas polis menganalisis (rakaman) CCTV, kami yakin Ramlanlah orangnya (yang tempang). Kami sangat mengetahuinya dan dia penjenayah lama," ujar beliau.



Ramlan bekerja sebagai pemandu van dan sering pulang lewat malam, kata jirannya Herman kepada laman berita Elshinta.



Polis menangkap rakan sejenayah Ramlan, Erwin Situmorang, yang bersembunyi di rumah yang sama, dan menahan saudara Ramlan, yang memberi perlindungan kepada mereka, menurut laman web berita Inilah.com.



Seorang lagi suspek, Alfins Bernius Sinaga, yang bertindak sebagai pemandu bagi melarikan diri, ditangkap di sebuah tempat berhampiran.



Polis kini memburu suspek terakhir bernama Yus Pane.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >