Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes penipuan 'bomoh gandakan wang' di Indonesia kian meningkat

May 20, 2023 | 05:30 AM



KARAWANG: Polis Indonesia berusaha membanteras kegiatan penipuan 'bomoh menggandakan wang' yang bertindak membunuh mangsa jika cuba menuntut kembali wang.



Menurut polis, terdapat modus operandi penjenayah yang dipercayai sanggup melakukan keganasan apabila mangsa menuntut wang mereka semula termasuk menggunakan racun bagi membunuh mereka.



Aktiviti penipuan itu bagaimanapun masih berleluasa dan iklan mengenainya tersebar luas di media sosial Indonesia.



Hasil semakan AFP Fact Check di Jakarta, terdapat sebanyak 12 pos di Facebook yang mengiklankan skim pelaburan bomoh dan dilihat lebih 1.4 juta kali setakat minggu ini.



Terdapat satu catatan, yang dibaca sebanyak 643,000 kali dari 8 April hingga 17 Mei, mendakwa seorang bomoh mampu membantu orang ramai melipatgandakan dana mereka, malah mendakwa perkhidmatan itu tidak melanggar ajaran Islam.



Wartawan AFP kemudian menghubungi nombor WhatsApp yang dikaitkan dengan salah satu muat naik itu dan diminta menghantar gambar kad pengenalan mereka bagi menentukan kelayakan untuk 'skim wang ajaib'.



Hampir 10 peratus penduduk di Indonesia hidup di bawah paras kemiskinan dan menganggap bomoh sebagai pengubat tradisional pilihan pertama.



Seorang wanita warga Indonesia yang pernah menjadi pembantu rumah di Dubai, Aslem, mendakwa beliau antara yang tertipu dengan skim kononnya mampu menjadikan pelaburan kecil menjana keuntungan besar.



Cik Aslem berkata selepas berpindah ke Dubai pada 2016, beliau mula terpengaruh dengan skim itu, ditawarkan bomoh bernama Aki Banyu, yang diperkenalkan oleh rakannya.



Katanya, bomoh itu memulakan sesi pemujaan dengan melaungkan mantra, dan berjanji wangnya akan bertambah beberapa kali ganda tidak lama lagi.



"Saya memberikan sekitar 288 juta rupiah ($26,000) selepas dia berjanji untuk meningkatkan wang itu kepada hampir AS$2 juta ($2.69 juta)," katanya kepada AFP.



Polis kemudiannya mengenal pasti lelaki itu sebagai Wowon Erawan, 60 tahun, dipercayai bersubahat dengan dua lagi dalang bagi menjalankan aktiviti menipu pekerja asing supaya menghantar wang kepada mereka. - AFP, Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >