Topik diikuti
Pergi ke BHkuPark masuk penjara, bakal hadapi 13 tuduhan jenayah
Premium
Park masuk penjara, bakal hadapi 13 tuduhan jenayah
Park masuk penjara, bakal hadapi 13 tuduhan jenayah
DITAHAN: Bekas Presiden Park Geun-hye (tengah) meninggalkan pejabat pendakwa raya dan dibawa ke pusat tahanan di Seoul semalam. - Foto REUTERS -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Apr 1, 2017 | 5:30 AM
SEOUL: Presiden Korea Selatan yang dipecat, Cik Park Geun-hye, tiba di pusat tahanan dekat sini semalam, selepas mahkamah mengarahkan beliau ditahan atas tuduhan rasuah dan skandal penyalahgunaan kuasa yang membawa kepada kejatuhannya.
Mahkamah Daerah Tengah Seoul mengarahkan Cik Park ditahan atas tuduhan rasuah, salah guna kuasa, memaksa dan membocorkan rahsia pemerintah, selepas perbicaraan berterusan pada hari sebelumnya.
