Topik diikuti
Pergi ke BHkuKes rasuah Isa Samad dibicara di Mahkamah Tinggi
TIDAK MENGAKU SALAH: Sebelum ini Tan Sri Mohd Isa tidak mengaku bersalah atas satu pertuduhan pecah amanah dan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah lebih RM3 juta bagi meluluskan pembelian sebuah hotel di Kuching, Sarawak oleh FELDA Investment Corporation (FIC) Sdn Bhd. - Foto fail -
Apr 3, 2019 | 5:30 AM
KUALA LUMPUR: Kes pecah amanah dan rasuah membabitkan RM3 juta ($995,786) tahun lalu yang dihadapi bekas pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan, yang membenarkan permohonan pihak pembelaan agar memindahkan kes itu dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi di sini semalam dan tiada bantahan dibuat oleh pihak pendakwaan.
