Kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang beli banglo ditangguh
Premium
Kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang beli banglo ditangguh
Oct 1, 2016 | 5:30 AM
DILANJUTKAN: Encik Guan Eng tiba di kompleks mahkamah dan memasuki mahkamah dengan diiringi barisan peguam dengan kehadiran penyokongnya. - Foto THE STAR -
GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam menetapkan 6 Disember depan bagi pengurusan kes lanjutan kes rasuah melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Encik Lim Guan Eng, dan ahli perniagaan, Phang Li Koon, berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran.
Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihak pendakwaan menyiapkan dokumennya yang dalam jumlah banyak dan menyerahkan kepada pasukan pembelaan dan mahkamah, lapor Astro Awani semalam.

