Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes rasuah: Rosmah diperintah bela diri

Feb 19, 2021 | 5:30 AM
HADAPI TUDUHAN BERKAITAN PROJEK TENAGA SOLAR: Datin Seri Rosmah Mansor diiringi apabila tiba di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur semalam. - Foto EPA-EFE
HADAPI TUDUHAN BERKAITAN PROJEK TENAGA SOLAR: Datin Seri Rosmah Mansor diiringi apabila tiba di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur semalam. - Foto EPA-EFE -

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tingi, Encik Mohamed Zaini Mazlan, semalam memerintahkan isteri bekas Perdana Menteri Najib Tun Abdul Razak, Datin Seri Rosmah Mansor, 70 tahun, membela diri selepas mendapati pihak pendakwa raya berjaya membuktikan wujudnya kes bagi tiga tuduhan rasuah yang dihadapinya.

Ketiga-tiga tuduhan rasuah ini membabitkan projek tenaga solar bagi 369 sekolah di pedalaman Sarawak. Encik Mohamed Zaini dalam penghakimannya berkata, pihak pendakwaan berjaya mengemuka bukti 'credible' (boleh dipercayai) untuk membuktikan semua elemen bagi ketiga-tiga pertuduhan rasuah.

Datin Rosmah berkata dia akan memberi keterangan dari kandang saksi semasa perbicaraan bela diri yang dihadapinya itu. Peguam bela, Datuk Jagjit Singh, memberitahu mahkamah pihaknya akan memanggil seramai lima atau enam saksi bagi memberi keterangan.

Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, memaklumkan pihak pendakwaan akan menawarkan beberapa saksi kepada pihak pembelaan. Mahkamah menetapkan sembilan hari bermula 9 Jun ini untuk perbicaraan kes.

Datin Rosmah didakwa menerima sogokan melalui bekas pegawai khasnya, Datuk Rizal Mansor, sebagai ganjaran kerana menolong Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic Hibrid dan Penyelenggaraan Operasi Genset Diesel, bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak yang bernilai RM1.25 bilion ($410.5 juta), daripada Kementerian Pendidikan melalui rundingan terus. - BHM.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg