Topik diikuti
Pergi ke BHkuKes rogol di Sabah: Keluarga harap mangsa dapat kembali ke sekolah
Premium
Kes rogol di Sabah: Keluarga harap mangsa dapat kembali ke sekolah
Kes rogol di Sabah: Keluarga harap mangsa dapat kembali ke sekolah
AIR MATA KESAL: Riduan Masmud memeluk isteri dan anak perempuannya di luar Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu selepas dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan, kelmarin, atas kesalahan merogol seorang gadis bawah umur pada tahun lalu. - Foto THE STAR -
Feb 5, 2014 | 6:00 AM
KOTA KINABALU: Keluarga kepada mangsa rogol berusia 13 tahun kini berharap remaja itu akan dapat meneruskan kehidupannya dan kembali bersekolah selepas pelaku kesalahan itu dijatuhi hukuman penjara selama 12 tahun dan dua sebatan, menurut satu laporan sebuah akhbar setempat.
Beberapa kumpulan hak asasi pula mengalu-alukan dan memuji pelaksanan hukuman itu, sambil berkata bahawa ia akan menyampaikan mesej yang "kuat dan jelas" kepada bakal perogol.
