Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes tembakan di Paris: Lelaki yang disyaki akui payah kawal benci pada orang asing

Dec 25, 2022 | 09:40 PM



PARIS - Seorang lelaki Perancis yang disyaki membunuh tiga orang Kurdish di Paris telah mengaku wujud kebencian "patologi" (payah dikawal) terhadap warga asing, kata pendakwa raya Paris Laure Beccuau pada Ahad (25 Disember).



Lelaki berusia 69 tahun itu dikeluarkan daripada tahanan atas sebab kesihatan pada Sabtu dan dibawa ke kemudahan psikiatrik polis.



Beccuau berkata dalam satu kenyataan bahawa yang disyaki murung dan ingin membunuh diri dan berkata dia mahu membunuh warga asing selepas satu rompakan di rumahnya pada 2016.



Tembakan di pusat kebudayaan Kurdish dan salun dandanan rambut berdekatan pada Jumaat mencetus rasa panik di kawasan 10th District yang sibuk di kota itu dan menempatkan beberapa kedai dan restoran serta dikunjungi penduduk Kurdish yang ramai.



Tiga lagi cedera dalam serangan itu.



Yang disyaki berkata dia pada mulanya mahu membunuh orang di pinggir bandar Paris utara Seine-Saint-Denis, yang mempunyai masyarakat pendatang yang ramai, sebelum memutuskan untuk pergi ke 10th District.



Tembakan itu telah mewujudkan semula trauma ketika tiga pembunuhan penduduk Kurdish yang tidak terhurai pada 2013 yang banyak dipersalahkan kepada Turkey.



Ramai dalam masyarakat Kurdish telah melahirkan kemarahan kepada perkhidmatan keselamatan Perancis, mengatakan mereka tidak banyak menghalang tembakan.



Kekecewaan memuncak pada Sabtu dan penunjuk perasaan berang sehingga bertempur dengan polis di tengah kota Paris untuk hari kedua selepas satu perhimpunan penghormatan dibuat.



Ketua polis ibu kota Laurent Nunez memberitahu saluran televisyen BFM pada Sabtu bahawa 31 pegawai dan seorang penunjuk perasaan cedera dalam tunjuk perasaan itu, manakala 11 orang telah ditangkap, terutamanya kerana kerosakan yang berlaku. 



Suspek yang dipanggil sebagai William M. oleh media Perancis adalah seorang penggemar senjata api dengan sejarah kesalahan senjata.



Dia telah dibebaskan dengan ikat jamin awal bulan ini.



Pemandu kereta api yang sudah bersara itu disabitkan dengan kesalahan keganasan bersenjata pada 2016 oleh mahkamah di Seine-Saint-Denis, tetapi membuat rayuan.



Setahun kemudian dia disabitkan bersalah kerana memiliki senjata api secara haram.



Tahun lalu, dia didakwa dengan keganasan perkauman selepas didakwa menikam pendatang dan menyerang khemah mereka dengan pedang di sebuah taman di timur Paris.



Masyarakat Kurdish adalah yang kelompok terbesar di dunia yang tidak bernegara. Mereka terdiri daripada kumpulan ethnik Islam dari Syria, Turkey, Iraq dan Iran.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >