Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes tembakan di saumaah, bakar masjid di California: Lelaki dipenjara seumur hidup

Oct 2, 2021 | 5:30 AM
INGATI MANGSA: Gambar fail menunjukkan satu peringatan sementara ditempatkan tidak jauh daripada saumaah Chabad of Poway di utara San Diego di mana berlakunya serangan pada 27 April 2019. - Foto REUTERS
INGATI MANGSA: Gambar fail menunjukkan satu peringatan sementara ditempatkan tidak jauh daripada saumaah Chabad of Poway di utara San Diego di mana berlakunya serangan pada 27 April 2019. - Foto REUTERS -

LOS ANGELES: Seorang lelaki yang mengaku membunuh seorang pengunjung tempat ibadah dan mencederakan tiga yang lain dalam satu kejadian tembakan di saumaah di California, kira-kira sebulan setelah membakar sebuah masjid berdekatan, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kelmarin tanpa sebarang kemungkinan pembebasan bersyarat.

John T. Earnest, 22 tahun, mengaku bersalah pada Julai lalu atas satu tuduhan membunuh, tiga tuduhan cubaan membunuh, dan satu tuduhan melakukan pembakaran di tempat ibadah, dalam satu perjanjian dengan pihak pendakwa raya yang boleh melepaskannya daripada hukuman mati.

Tertuduh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup di mahkamah San Diego kurang dua minggu selepas mengaku bersalah atas tuduhan jenayah kebencian ekoran dua serangan yang sama pada 2019.

Earnest melepaskan tembakan dengan menggunakan senapang di saumaah Chabad of Poway di utara San Diego pada 27 April 2019, semasa upacara Sabat pada hari terakhir cuti masyarakat Yahudi selama seminggu.

Dia berusia 19 tahun ketika melakukan serangan itu.

Seorang jemaah berusia 60 tahun, Cik Lori Gilbert-Kaye, terbunuh dan tiga yang lain cedera dalam serangan itu, termasuk rabai, yang ditembak di tangan dan kehilangan jari telunjuk.

Setelah senjatanya rosak dan dia dikejar keluar daripada saumaah itu oleh seorang bekas tentera, Earnest melarikan diri dengan kereta.

Earnest kemudian berhenti di satu pusat membeli-belah, mendail 911 untuk melaporkan bahawa dia telah melakukan penembakan itu.

Dia kemudian menunggu polis tiba untuk menangkapnya. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg