Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KES WANITA MAUT DALAM TAHANAN POLIS DI IRAN

Lima terbunuh apabila polis lepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan

Sep 21, 2022 | 05:30 AM



DUBAI (Amiriah Arab Bersatu): Lima orang terbunuh di daerah Kurdi, Iran, apabila pasukan keselamatan melepaskan tembakan kelmarin semasa bantahan orang ramai terhadap kematian seorang wanita semasa dalam tahanan polis, menurut kumpulan hak asasi Kurdi, mengenai perkembangan hari ketiga bantahan disebabkan kemarahan meluas rakyat.



Cik Mahsa Amini, 22 tahun, dari wilayah Kurdistan di Iran, didapati berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan meninggal dunia menyusuli penangkapannya di Teheran pada 13 September lalu.



Mangsa ketika itu mengadakan kunjungan bersama keluarganya apabila beliau diberkas oleh polis pencegah maksiat, hingga menimbulkan bantahan di pelbagai tempat termasuk di ibu kota.



Cik Mahsa dikatakan tidak mematuhi arahan supaya berpakaian sopan seperti yang ditetapkan pihak berkuasa - termasuk memakai tudung.



Dua orang terbunuh setelah pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan di Saqez, sebuah bandar di Kurdi, yang merupakan tempat Cik Mahsa membesar, kata Pertubuhan Hak Asasi Manusia Hengaw, di wadah media sosial, Twitter.



Ia menambah dua orang lagi turut terkorban di bandar Divandarreh "akibat sambaran api secara langsung" dari pasukan keselamatan, dan mangsa kelima terbunuh di Dehgolan, juga di kawasan Kurdi.



Agensi berita Reuters tidak dapat mengesahkan laporan yang diterima ini.



Tidak ada pengesahan rasmi tentang kematian-kematian ini.



Agensi berita rasmi, IRNA, berkata terdapat bantahan "terhad" di beberapa bandar di tujuh wilayah yang kemudiannya disuraikan oleh polis.



TV nasional Iran melaporkan, sekumpulan penunjuk perasaan telah diberkas tetapi menolak "dakwaan di media sosial adanya berlaku kematian", dengan menampilkan dua remaja yang cedera dan menafikan laporan bahawa mereka telah terbunuh.



Dalam satu kecaman meluas akibat kematian Cik Mahsa, orang ramai mula mengaitkan kematiannya itu di media sosial dengan pautan #MahsaAmini yang sebutannya mencecah hampir 2 juta di Twitter.



Polis berkata, Cik Mahsa jatuh sakit semasa beliau sedang menunggu dengan beberapa wanita lain yang turut ditahan polis pencegah maksiat - yang melaksanakan undang-undang dengan ketat di republik itu - menghendaki wanita menutup kepala dan memakai pakaian yang longgar di tempat awam.



Bapa mangsa telah menyatakan berulang kali bahawa anak perempuannya itu tidak mempunyai masalah kesihatan, dan menambah bahawa anaknya itu mengalami kesan lebam di kakinya. Beliau berkata polis bertanggungjawab atas kematian anaknya itu.



Bantahan rakyat dikatakan paling tegang berlaku di daerah Kurdi, dengan pihak berkuasa sebelum ini menganggarkan penglibatan kaum minoriti Kurdi mencecah 8 hingga 10 juta orang.



Hengaw berkata, 75 orang dilaporkan cedera kelmarin.



Satu video yang dimuatnaik ke Twitter sebelum ini menunjukkan para penunjuk perasaan melempar batu sedang seorang lelaki dapat didengar berkata "adanya perang di Divandarreh" dan menuduh polis melakukan serangan.



Reuters tidak dapat mengesahkan ketulenan video tersebut.



Badan pemerhati halangan siaran Internet, NetBlocks, melaporkan "hubungan Internet hampir terputus secara keseluruhannya di Sanandaj" kelmarin.



Sanandaj adalah ibu kota wilayah di daerah Kurdi - yang dikaitkan dengan bantahan tersebut - menurut akaun badan itu di Twitter. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >