Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kesemua Anggota Parlimen Pakatan Harapan sokong Anwar jadi Perdana Menteri M'sia

Feb 26, 2020 | 03:58 PM



KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen (AP) Pakatan Harapan (PH) telah menyokong presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Anwar Ibrahim, untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia, sedang Yang di-Pertuan Agong masih berusaha mendapat tahu siapa yang boleh meraih sokongan untuk membentuk kerajaan baru negara itu.



The Straits Times (ST) melaporkan kesemua 92 AP daripada kerajaan gabungan PH yang melibatkan tiga parti politik telah memberi undian mereka agar Datuk Seri Anwar menjadi Perdana Menteri apabila mereka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin pada Rabu (26 Februari).



Ini bermakna mereka masih mengikuti rancangan seperti yang disetujui sebelum kemenangan kejutan mereka sewaktu pilihan raya Mei 2018, iaitu Dr Tun Mahathir Mohamad akan meletak jawatannya sebagai PM pada pertengahan tempoh parlimen dan Datuk Anwar akan menggantinya.



Pada Isnin (24 Feb) Dr Mahathir telah meletak jawatannya sebagai PM sedang kerajaan PH terjatuh setelah menyaksikan anggota parti yang dipimpin beliau, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), dan beberapa anggota PKR telah merancang untuk bekerjasama dengan parti pembangkang.



Namun, Dr Mahathir telah dilantik semula oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai PM sementara sedang krisis politik diselesaikan.



"PH tidak ingin bekerjasama dengan para pemimpin Umno atau Parti Islam SeMalaysia (PAS), tidak kira ia satu kerajaan gabungan oleh beberapa parti atau individu," kata satu sumber maklumat rasmi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >