Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:10
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Kesemua sembilan anggota ekspedisi mendaki gunung Korea Selatan maut dalam ribut salji di Nepal

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Kesemua sembilan anggota ekspedisi mendaki gunung Korea Selatan maut dalam ribut salji di Nepal

Oct 13, 2018 | 07:19 PM

KATHMANDU: Kesemua sembilan anggota ekspedisi mendaki Korea Selatan disahkan meninggal dunia hari ini (13 Oktober) selepas satu ribut salji ganas menghancurkan kem mereka di Gunung Gurja, Nepal.

Mayat lapan pendaki – empat Korea Selatan dan empat pemandu pendakian Nepal – ditemui antara sisa-sisa kehancuran kem mereka oleh sebuah pasukan penyelamat awal pagi tadi, namun angin kencang dan keadaan berais menghalang usaha pencarian.

Pendaki Korea Selatan kelima pada mulanya dilaporkan hilang, namun pegawai kini telah mengesahkan yang beliau juga berada di kem apabila ribut itu melanda dan dipercayai turut terkorban.

“Satu ekspedisi gunung terdiri daripada lima warga Korea Selatan dan empat warga asing dilanda angin kencang di kem induk semasa pendakian mereka ke Gunung Gurja. Mereka jatuh dari tebing dan meninggal dunia,” kata Kementerian Luar Korea Selatan dalam satu kenyataan.

Kumpulan pendaki itu telah berada di kaki Gunung Gurja setinggi 7,193 meter itu sejak awal bulan ini.

Mereka menunggu cuaca baik supaya dapat cuba mencapai puncak gunung. - AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3