Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ketegangan hubungan China, Taiwan kini paling teruk dalam 40 tahun

Oct 07, 2021 | 05:30 AM



TAIPEI/WASHINGTON: Ketegangan hubungan Taiwan-China kini berada di tahap terburuk dalam 40 tahun, kata menteri pertahanan Taiwan.



Tahap ketegangan ini bertambah getir semalam, beberapa hari selepas sejumlah besar pesawat China memasuki ruang udara Taiwan, dengan pesawat tentera China berkali-kali menembusi zon pengenalan identiti pertahanan udara Taiwan.



Menteri Pertahanan Taiwan, Encik Chiu Kuo-cheng berkata, keadaan "sangat serius" dalam masa lebih 40 tahun sejak beliau menyertai tentera, dan menambah adanya risiko "salah tembak" merentasi Selat Taiwan yang sensitif itu.



"Bagi saya sebagai seorang tentera, kesegeraan kini betul-betul berada di depan saya," katanya kepada jawatankuasa Parlimen yang membuat semakan perbelanjaan khas tentera sebanyak T$240 billion ($11.7 bilion) bagi pembelian senjata buatan setempat termasuk peluru berpandu dan kapal perang.



China berkata, Taiwan akan ditawan secara paksa jika perlu.



Taiwan berkata, ia adalah sebuah negara merdeka dan akan mempertahan kebebasannya dan demokrasi dan menyalahkan China atas ketegangan yang berlaku.



Taiwan menyatakan 52 pesawat perang China melintasi zon pertahanan udaranya pada Isnin lalu dalam satu lagi rekod 'serangan', walaupun terdapat kebimbangan yang disuarakan oleh Washington mengenai aktiviti ketenteraan Beijing yang 'provokatif'.



Kementerian Pertahanan Taiwan menyatakan, pihaknya mengerahkan pesawat untuk memberikan amaran selepas 36 jet pejuang, 12 pesawat pengebom berkeupayaan nuklear H-6 dan pesawat lain memasuki zon pengenalan pertahanan udara barat daya (ADIZ).



ADIZ tidak sama dengan ruang udara wilayah Taiwan tetapi merangkumi wilayah yang jauh lebih besar yang bertindih dengan sebahagian zon pengenalan pertahanan udara China sendiri dan bahkan merangkumi sebahagian daratan China.



Dalam dua tahun kebelakangan ini, Beijing telah mulai menghantar pasukan besar ke zon pertahanan Taiwan untuk memberi isyarat ketidakpuasan pada saat-saat penting - dan untuk memastikan tekanan terhadap armada tempur Taipei secara berkala.



China menandakan Hari Kebangsaannya Jumaat lalu dengan pertunjukan kekuatan udara terbesarnya, yang 'menggegarkan' pulau itu dengan 38 pesawat perang.



Itu diikuti oleh serangan lain oleh 39 pesawat pada Sabtu, mencetuskan kritikan dari Washington.



"Amerika Syarikat sangat prihatin dengan kegiatan ketenteraan provokatif Republik Rakyat China berhampiran Taiwan, yang tidak stabil, berisiko salah perhitungan, dan merosakkan keamanan dan kestabilan wilayah," kata jurucakap Jabatan Negara Amerika, Encik Ned Price, dalam satu kenyataan Ahad lalu. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >