Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ketegangan Israel, Hamas memuncak

May 13, 2021 | 05:30 AM



GAZA: Pertentangan antara pergerakan Hamas di Palestin dan rejim Israel terus memuncak dengan kedua-dua pihak saling melancarkan serangan sehingga mengakibatkan 35 rakyat Palestin terkorban manakala tiga warga Israel maut dalam pertempuran berdarah semalam.



Sedang Pergerakan Hamas menamakan penentangannya sebagai 'Operasi Pedang Al-Quds', rejim Israel pula menamakannya sebagai 'Operasi Penjaga Tembok'.



Pusat Maklumat Palestin dalam kenyataannya pada 2 pagi semalam (12 Mei) di laman Facebook mereka menyatakan, antara korban termasuklah tiga kanak-kanak - seorang lelaki dan dua perempuan - yang maut semasa sedang tidur setelah rumah mereka di Tal-Hawa di sini menjadi sasaran serangan.



Dalam pada itu, puluhan keluarga Palestin kehilangan tempat tinggal setelah jet-jet pejuang Israel memusnahkan sepenuhnya bangunan perumahan di Bandar Gaza.



"Israel telah membunuh lebih 30 rakyat Palestin dan memusnahkan puluhan rumah dan bangunan. Pengeboman tidak berperikemanusiaan ini berterusan dengan berpuluh dron berada di mana-mana.



"Pejuang pembebasan Palestin terus melawan dengan apa yang mereka ada. Doakan penentangan ini. Doakan Palestin. Doakan Gaza. Doakan Masjid AlAqsa."



Pada waktu yang sama, Angkatan Pertahanan Israel (IDF) menyatakan di Facebook, Tel Aviv diserang dan menyiarkan video sepanjang 20 saat menunjukkan sistem pertahanan antiroket, Iron Dome, menangkis serangan roket bertubi-tubi di ibu kota dan tengah bandar itu.



Sayap bersenjata Hamas - Briged al-Qassam - dalam kenyataannya berkata "ia dalam proses melancarkan 110 roket ke arah bandar Tel Aviv", dan 100 roket ke arah bandar Beersheva, "sebagai membalas tindakan memulakan serangan ke atas perumahan awam".



IDF pula menceritakan "semasa serangan roket dari Gaza ke kawasan tengah Israel, bayi-bayi Israel di wad bersalin telah dibawa keluar dan ditempatkan di tempat selamat sedang roket menghujani hospital. Mereka mangsa tidak berdosa".



Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza pada 9 pagi waktu Singapura, pula melaporkan Israel mengebom sebuah klinik kesihatan yang menyediakan khidmat ujian dan vaksinasi Covid-19.



Selain menyerang Gaza, kumpulan militia Israel juga dilaporkan telah menyerang para penunjuk perasaan Palestin di Sheikh Jarrah, sebuah kawasan perumahan di timur Baitulmakdis, yang menjadi punca konflik berdarah kali ini.



Pertempuran kali ini tercetus setelah pihak berkuasa Israel cuba mengusir penduduk Palestin dari rumah mereka yang dibangunkan khas oleh kerajaan Jordan dan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), UNRWA, selepas Perang Arab-Israel pada 1948.



Ini menyebabkan rakyat Palestin menyuarakan bantahan semasa beribadah di Masjid Al-Aqsa tetapi polis Israel bertindak melampau bagi "mengawal rusuhan" hingga menarik kecaman sedunia.



Mahkamah Tengah Israel mulanya meluluskan pengusiran empat keluarga Palestin, bagi membangunkan perumahan baru untuk pendatang Yahudi di Sheikh Jarrah tetapi kemudian Mahkamah Agung Israel telah menangguhkan keputusan bagi kes itu yang seharusnya didengar pada 10 Mei lalu.



Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, semalam mengisytiharkan darurat di bandar Lod, juga dikenali sebagai al-Lydd, setelah penduduk Arab dikatakan merusuh, mengakibatkan seorang warga Arab Israel terbunuh malam sebelumnya ketika keganasan Israel-Palestin meningkat.



"Kami kini di tengah-tengah sistem yang berat - Operasi Penjaga Tembok. IDF telah menyerang semalam (kelmarin) dan hari ini (semalam) ke atas ratusan sasaran pengganas Hamas dan Islamic Jihad di Jaluran Gaza.



"Kami telah selesai konsultasi dan menilai keadaan dengan pemimpin sistem keselamatan dan kami telah membuat keputusan.



"Hamas dan Islamic Jihad harus bayar dan saya beritahu anda di sini, mereka akan membayar dengan harga sangat tinggi atas serangan mereka. Saya nyatakan malam ini - darah mereka ialah di kepala mereka."



Presiden Palestin, Encik Mahmoud Abbas, dalam catatan di Facebook telah mengarahkan semua sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri dibatalkan, kecuali untuk pelaksanaan ibadah sahaja dan bendera negara dikibarkan separuh tiang.



"Pemerintah memutuskan untuk berkabung bagi mengingati nyawa warga kami yang mati syahid setelah bangkit (berjuang), pada petang Isnin lalu, semasa pengeboman di Bandar Gaza."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >