Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ketibaan pelancong diharap rancakkan semula ekon Batam

Feb 21, 2022 | 05:30 AM



BATAM: Pemerintah tempatan bandar Batam, Kepulauan Riau, bersedia mengalu-alukan kedatangan pelancong asing terutama dari Singapura di bawah skim gelembung perjalanan Covid-19, kata Ketua Pejabat Kebudayaan dan Pelancongan Batam, Encik Ardiwinata.



"Secara keseluruhannya, kedua-dua pihak pemerintah tempatan dan penggiat perniagaan, agensi pelancongan amat bersedia untuk mengalu-alukan kedatangan pelancong," kata Encik Ardiwinata kepada agensi berita Antara.



Menurutnya, pelancong asing akan mula tiba di Batam mulai lusa untuk melakukan perjalanan di dalam sistem gelembung di Kawasan Sensasi Nongsa.



Encik Ardiwinata menyuarakan harapan bahawa dengan kedatangan pertama pelancong akan menjadi motivasi positif untuk Batam dan isyarat pemulihan pelancongan di Indonesia.



"Jagalah amanah ini untuk Batam. Jangan biarkan perkara buruk menjejaskan usaha pemerintah ke arah memulihkan pelancongan," katanya.



Sementara itu, setiausaha wilayah bandar Batam, Encik Jefridin mengajak semua penggiat industri pelancongan dan pihak berkaitan supaya berusaha memberi kesan yang baik kepada setiap pelancong.



"Kita perlu lakukan dengan baik pada tanggapan pertama. Ia akan memberi kesan kepada masa depan pelancongan Batam," kata Encik Jefridin.



Beliau berkata demikian setelah mengiringi jurucakap Pasukan Petugas Pengendalian Covid-19, Encik Wiku Adisasmito dan Timbalan Pemasaran Kementerian Pelancongan, Cik Nia Niscaya yang membuat tinjauan dan semakan terhadap tahap persediaan bagi gelembung perjalanan di Terminal Feri Nongsapura kelmarin.



Katanya, beliau berharap dasar gelembung perjalanan akan berjaya dan memberi impak positif kepada pelancongan dan ekonomi bandar Batam.



"Ia mesti diingati dan berjaya. Gelembung perjalanan pertama ini akan mencerminkan kejayaan gelembung perjalanan seterusnya," kata Encik Jefridin.



Sementara itu, Ketua Pejabat Pelancongan Kepulauan Riau, Encik Buralimar, berkata pihak imigresen telah mengeluarkan beberapa arahan untuk mengawal selia pelepasan dari Kepulauan Riau-Singapura.



Sebelum ini Indonesia merancang mengurangkan tempoh kuarantin daripada lima kepada tiga hari kepada pelancong sama ada warga asing dan warganegara yang mendapat suntikan penggalak.



Peraturan baru itu akan berkuat kuasa bermula pada 1 Mac, atau lebih awal bergantung kepada keadaan, dan kuarantin mungkin ditarik balik pada 1 April jika keadaan bertambah baik, kata Menteri Penyelaras Covid-19, Encik Luhut Pandjaitan.



Gelembung perjalanan untuk pengunjung dari Singapura ke Batam dan Bintan bermula pada 18 Februari lalu dan pengaturan bebas kuarantin akan diteruskan ke Pulau Karimun.



Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan di Parlimen berkata Singapura dan Indonesia sedang berusaha untuk memudahkan perjalanan bebas kuarantin dua hala bagi pengembara yang diberi vaksin sepenuhnya antara Singapura, dengan Batam dan Bintan.



Ia sebagai sebahagian daripada rancangan membuka semula sempadan secara beransur-ansur sambil menguruskan risiko kesihatan awam.



Jumlah pelancong antara Singapura dengan Batam dan Bintan iaitu purata ketibaan dan pelepasan penumpang feri adalah kira-kira 146,000 seminggu secara keseluruhan pada 2019.



Sejak Indonesia membuka gelembung perjalanan bebas kuarantin untuk pelancong yang diberi vaksin sepenuhnya dari Singapura ke Batam dan Bintan mulai 24 Januari, jumlah itu kekal sekitar 600 seminggu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >