Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ketua 1MDB Arul Kanda dipecat kerana mengabaikan tugas

Jun 30, 2018 | 1:23 PM
DIPECAT: Presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dilaporkan dipecat kerana mengabaikan tugasnya.
DIPECAT: Presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dilaporkan dipecat kerana mengabaikan tugasnya. - Foto REUTERS

PETALING JAYA: Presiden dan dan ketua pegawai eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy Arul Kanda telah dipecat.

Menurut sumber, ini berlaku dua hari sebelum kontraknya sepatutnya berakhir hari ini (30 Jun).

Menurut sumber juga, Encik Arul Kanda tidak akan diberi bonus kontrak.

The Edge melaporkan bahawa beliau dipecat kerana mengabaikan tugasnya.

Kontraknya sepatutnya berakhir Disember lalu tetapi dilanjutkan selama enam bulan pada Januari lalu.

Encik Arul Kanda, 41 tahun, adalah lulusan undang-undang dari Sekolah Ekonomi London (LSE).

Beliau mengambil alih sebagai presiden dan pengarah eksekutif kumpulan 1MDB pada 6 Januari 2015. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg