Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KONFLIK RUSSIA-UKRAINE

Ketua askar Wagner tawar dedah kedudukan tentera Russia kepada Ukraine

May 16, 2023 | 05:30 AM



WASHINGTON: Encik Yevgeny Prigozhin, ketua pasukan askar upahan Wagner, menawarkan untuk mendedahkan kedudukan tentera Russia kepada pemerintah Ukraine, lapor Washington Post pada Ahad, memetik dokumen risikan Amerika Syarikat yang bocor.



Askar Wagner telah berada di barisan hadapan dalam serangan Russia untuk menawan bandar Bakhmut di Ukraine.



Encik Prigozhin pada Januari menawarkan untuk memberitahu perkhidmatan perisikan Ukraine mengenai kedudukan tentera Russia, sebagai percubaan untuk meminta Ukraine mengundurkan tenteranya dari kawasan itu.



Akhbar itu melaporkan bahawa Ukraine menolak tawaran tersebut.



Encik Prigozhin, sekutu rapat Presiden Russia Vladimir Putin, secara terbuka mengancam untuk mengundurkan tentera upahannya dari kawasan sekitar Bakhmut, di mana mereka berada di barisan hadapan serangan Russia, kecuali mereka menerima peluru yang sangat diperlukan.



Beliau berkata Selasa lalu dalam satu mesej audio bahawa beliau dan anggota pasukannya akan dianggap sebagai pengkhianat jika mereka meninggalkan kawasan itu.



The Post melaporkan bahawa tawaran Encik Prigozhin itu disampaikan melalui hubungannya dengan perkhidmatan perisikan Ukraine.



Rumah Putih tidak segera menjawab soalan mengenai tawaran itu.



Laporan itu berdasarkan dokumen rahsia Amerika Syarikat yang dibocorkan ke platform sembang kumpulan Discord.



Tentera Ukraine pada hari Isnin menyifatkan operasi di Bakhmut baru-baru ini sebagai serangan balas pertama yang berjaya dalam pertempuran menentang tentera Russia yang berjuang untuk mengawal bandar timur itu.



Tetapi Kyiv juga berkata keadaan di Bakhmut adalah sukar. Ia memberi amaran bahawa Moscow tidak mengubah matlamatnya untuk menawan bandar itu dan menghantar tentera penyerang ke pinggir Bakhmut.



Tentera Ukraine berkata minggu lalu ia telah mula menolak tentera Russia kembali ke dalam dan sekitar Bakhmut selepas beberapa bulan pertempuran sengit, dan Moscow mengakui bahawa tenteranya telah jatuh kembali ke utara bandar itu.



"Kemaraan tentera kami di sepanjang arah Bakhmut adalah kejayaan pertama tindakan serangan dalam mempertahankan Bakhmut," kata Kolonel Jeneral Oleksandr Syrskyi, Komander Angkatan Darat, dalam satu kenyataan yang disiarkan di aplikasi mesej Telegram.



"Beberapa hari lalu telah menunjukkan bahawa kami boleh bergerak ke hadapan dan memusnahkan musuh walaupun dalam keadaan yang begitu sukar," katanya. "Kami berjuang dengan sumber yang lebih sedikit daripada musuh. Pada masa yang sama, kami boleh memintas rancangannya." - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >