Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ketua bahagian Umno larikan diri ke Indonesia?

Jun 02, 2018 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Ketua bahagian Umno yang prokerajaan Barisan Nasional (BN) lalu - Datuk Seri Jamal Yunos - kini mendapat perhatian selepas menjadi orang buruan polis Malaysia.



Ketua bahagian Umno Sungai Besar berusia 47 tahun itu dilaporkan sebuah akhbar Cina Malaysia telah melarikan diri ke Pulau Karimun di Indonesia pada Ahad lalu, selepas gagal melaporkan diri kepada polis bagi membantu siasatan beberapa kes.



Pulau itu terletak 10 kilometer dari pantai barat daya Johor dan boleh dipergi dengan bot dari Kukup.



Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata waran tangkap telah dikeluarkan ke atasnya bagi kesalahan melarikan diri atau menentang penahanan polis (atau sengaja menentang atau secara terlarang menghalang penangkapannya bagai sesuatu kesalahan), lapor media tempatan.



Ahli politik yang disifatkan sebagai 'batu api' itu menghadapi enam pertuduhan, dengan tiga dikenakan ke atasnya di Hospital Ampang, Kuala Lumpur minggu lalu.



Ahli perniagaan itu ketua kumpulan sayap kanan Melayu agresif yang dikenali sebagai Baju Merah dan penentang perhimpunan awam kumpulan pembaharuan pilihan raya Bersih.



Beliau pernah berikrar kumpulannya akan menentang bantahan antirasuah besar-besaran anjuran Bersih bagi mendesak perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak, meletak jawatan berkaitan skandal dana kerajaan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), dengan berkata "apa saja boleh terjadi, termasuk keganasan".



Tahun lalu, Jamal mengadakan bantahan terhadap 'The Better Beer Festival 2017' yang dijadualkan di Publika, Mont Kiara, pada Oktober.



Dia membawa 10 kotak kerisi 10 botol arak setiap satu ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor.



Apabila ditegah masuk, Jamal memecahkan botol arak itu menggunakan tukul besi besar di depan pintu masuk.



Tindakan Jamal membuat dia dianggap sebagai 'samseng' Umno, yang tidak mengutuk caranya, tetapi dia menafikan dibiaya parti utama BN itu.



Pada 22 Mei lalu, Jamal ditahan polis di sebuah hospital swasta di Jalan Memanda, Ampang, dan ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung penularan gambarnya mempamer senjata api semasa kempen pilihan raya umum 9 Mei yang dimuat naik dalam laman sosial.



Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, berkata selain kes itu, ada beberapa lagi kes berkaitannya yang sedang disiasat.



Pada 25 Mei, ketika dia berada di wad premium Hospital Pakar Ampang Puteri itu kerana sakit belakang, Jamal dikenakan tuduhan melakukan mudarat awam bagi kes memecahkan botol arak itu.



Jamal tidak mengaku salah dan mahkamah membenarkan dia diikat jamin RM3,000 ($1,007).



Polis mengarahkannya segera melaporkan diri bagi menyelesaikan proses ikat jamin.



Namun, pada petang itu, Jamal menghilangkan diri.



Menerusi satu rakaman suara kepada media Selasa lalu, Jamal berkata dia akan tampil di IPD Ampang Jaya dan mengadakan sidang media.



Bagaimanapun, hampir 50 wartawan yang menunggu di depan IPD itu dalam sejak 2 petang kecewa apabila dia tidak muncul.



Peguamnya, Datuk Mohd Imran Tamrin, tidak dapat mengesahkan di mana dia berada, malah berkata dia tidak dapat menghubunginya.



Kelmarin, dalam satu klip video di sebuah ladang kelapa sawit, Jamal mendakwa ada pihak tertentu mengarahkan polis bertindak ke atasnya walau apa pun. Dia juga merayu polis memberinya masa bagi menyerah diri.



Kelmarin, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Malaysia akan meminta kerjasama polis Indonesia untuk mencari Jamal dan menghantarnya pulang ke Malaysia.



Jabatan Imigresen Malaysia mengesahkan semalam bahawa tiada rekod ke luar negara ditemui bagi Jamal, mahupun mantan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, yang juga menghilangkan diri. - BHM, The Star, The Straits Times.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >