Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ketua Baju Merah Jamal Yunos ditahan berkaitan kes curi

Feb 3, 2017 | 2:47 PM
Datuk Jamal Yunos dan sembilan kawannya ditahan bagi membantu siasatan berhubung kecurian yang didakwa berlaku di sebuah pusat hiburan di Ampang, iaitu antara beberapa tempat yang dikatakan diserbu kumpulan itu.
Datuk Jamal Yunos dan sembilan kawannya ditahan bagi membantu siasatan berhubung kecurian yang didakwa berlaku di sebuah pusat hiburan di Ampang, iaitu antara beberapa tempat yang dikatakan diserbu kumpulan itu. - GAMBAR AFP

KUALA LUMPUR: Pemimpin Baju Merah Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos, ditahan reman lima hari untuk membolehkan siasatan terhadap kecurian yang didakwa di sebuah pusat hiburan.

Ketua Umno bahagian Sungai Besar itu tiba di kompleks Mahkamah Majistret pada kira-kira 10.15 pagi Jumaat (3 Feb) untuk pendengaran remannya.

Sekumpulan penyokongnya dan media menunggu di pekarangan mahkamah.

Polis menahan Jamal pada Khamis manakala sembilan rakannya ditahan pada Rabu malam.

Mereka ditahan bagi membantu siasatan berhubung kecurian yang didakwa berlaku di sebuah pusat hiburan di Ampang, iaitu antara beberapa tempat yang dikatakan diserbu kumpulan itu.

Seorang pemilik premis itu mendakwa beberapa barang hilang selepas Jamal menyerbu premisnya.

Dia dan rakan-rakannya disiasat di bawah Kanun Keseksaan, di bawah seksyen berkaitan hukuman bagi rompakan berkumpulan, yang menetapkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan rotan.

Jamal memberitahu pemberita pada Khamis bahawa dia bersedia ditangkap selagi isu kes itu, yang menurutnya ialah perjudian terlarang, ditangani. - The Star/Asia News Network

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg