Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ketua bantuan PBB harap penghantaran pertama bijirin dapat dilakukan walau laluan 'belum selamat'

Jul 30, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Ketua bantuan Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (PBB), Encik Martin Griffiths, berharap penghantaran pertama bijirin dari pelabuhan Laut Hitam Ukraine boleh dilakukan seawal semalam tetapi butiran 'penting' untuk laluan kapal yang selamat masih dalam proses.



Encik Griffiths berkata pegawai tentera Turkey, Russia dan Ukraine sedang bekerjasama dengan pasukan PBB di Pusat Koordinasi Bersama di Istanbul untuk melaksanakan prosedur operasi standard bagi perjanjian yang dipersetujui oleh empat pihak pada Jumaat lalu.



"Itu adalah rundingan terperinci berdasarkan perjanjian itu," kata Encik Griffiths kepada negara anggota PBB dalam taklimat kelmarin.



"Namun tanpa prosedur operasi standard, kami tidak dapat menguruskan laluan kapal yang selamat,'' katanya lagi.



Jumaat lalu, Turkey, PBB, Russia dan Ukraine menandatangani perjanjian untuk menyambung semula eksport bijirin melalui pelabuhan Ukraine di Odesa, Chernomorsk dan Yuzhny selepas beberapa bulan terhenti akibat krisis Russia-Ukraine.



Di bawah perjanjian itu, pusat penyelarasan bersama telah ditubuhkan di Istanbul untuk menjalankan pemeriksaan di pintu masuk dan keluar pelabuhan, serta memastikan keselamatan laluan untuk kapal-kapal.



Seorang pegawai pemerintah Ukraine berkata, beliau berharap penghantaran bijirin pertama boleh dibuat dari Chornomorsk minggu ini, dengan penghantaran dari pelabuhan lain dalam masa dua minggu.



Ukraine pada Ahad lalu memulakan usaha untuk mengeksport bijirin ke luar negara dengan mengatur konvoi kapal di pelabuhan Odesa, Chornomorsk dan Yuzhne, lapor Agensi Anadolu (AA), menurut Lembaga Pelabuhan Laut negara itu.



Persiapan dilakukan agar tiga pelabuhan itu kembali beroperasi seperti dalam perjanjian bagi menyambung semula eksport bijirin dan produk makanan Ukraine, menurut pihak berkuasa dalam satu kenyataan.



Setiap kapal yang berhasrat menyertai konvoi terbabit perlu mengemukakan permohonan, dan ketibaan dan pelepasan mereka di pelabuhan akan dibantu kapal pengiring.



Ukraine adalah pengeksport gandum kelima terbesar dunia, menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB.



Pegawai PBB pada Jun memberi amaran tentang krisis makanan dunia akibat operasi ketenteraan Russia ke atas Ukraine sejak 24 Februari lalu, sambil berkata ia menimbulkan ancaman kebuluran, ketidakstabilan dan penghijrahan besar-besaran di seluruh dunia ketika Moscow bertindak menyekat pelabuhan Laut Hitam itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >