Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ketua CIA: Putin 'marah' usaha tawan Ukraine tidak ikut perancangan

Mar 10, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Ketua risikan Amerika Syarikat (AS) kelmarin menyifatkan Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, sebagai seorang yang sedang "marah" dan "geram" kerana usahanya untuk menguasai Ukraine tidak mengikut perancangan yang telah dibuat, sehingga membuatnya mengeluarkan ancaman nuklear ke atas Barat.



"Dia sudah lama dibelenggu rasa bersalah dan cita-cita tinggi... minggu yang mendatang ini akan menyaksikan tindakan lebih agresif Russia di Ukraine, tanpa mempedulikan nyawa orang awam.



"Pencerobohan yang dilancarkan ke atas Ukraine juga tidak berjalan sebagaimana dirancang dan beliau kini turut mengancam untuk melakukan serangan nuklear di Barat.



"Saya rasa Putin sedang marah dan kecewa sekarang serta mungkin menggandakan serangan cuba melemahkan tentera Ukraine, namun saya juga menjangkakan tentangan hebat daripada penduduk Ukraine sendiri," kata Pengarah Perisikan Pusat (CIA), Encik William Burns.



Beliau malah menyifatkan langkah untuk menguasai Ukraine adalah satu perkara yang berada dalam hati Putin, menggambarkan sikap tegasnya dalam penentangan ke atas Barat dan AS.



Pengarah Perisikan Kebangsaan (DNI), Cik Avril Haines, pula berkata Encik Putin tidak menjangkakan sekatan ekonomi, perdagangan dan diplomatik global yang sebegitu besar terhadap Russia.



Tambah beliau, penilaian DNI mendapati Putin tidak mungkin dihalang dengan sekatan seumpamanya dan ini adalah perang di mana dia tidak boleh kalah.



Jabatan Pertahanan AS mentaksirkan antara 2,000 dengan 4,000 anggota tentera Russia terbunuh dalam tempoh dua minggu negara itu menyerang Ukraine.



Perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Agensi Perisikan Pertahanan Pentagon, Leftenan Jeneral Scott Berrier, ketika pendengaran Jawatankuasa Perisikan Dewan Perwakilan AS.



Bagaimanapun, tambah beliau, anggaran itu dianggap dibuat dengan 'keyakinan yang rendah' kerana dicapai dengan menggabungkan sumber risikan dan data daripada sumber terbuka.



"Pada masa sama, Russia di bawah pimpinan Putin bekerja keras untuk memodenkan persenjataannya, khususnya senjata nuklear yang lebih kecil selain melabur dalam senjata nuklear taktikal," katanya.



Russia pula, yang jarang mendedahkan angka kematian tentera, pada 2 Mac lalu berkata 498 anggota tenteranya maut, namun Ukraine mendakwa jumlah sebenar jauh lebih tinggi. - AFP.




"Pencerobohan yang dilancarkan ke atas Ukraine juga tidak berjalan sebagaimana dirancang dan beliau kini turut mengancam untuk melakukan serangan nuklear di Barat. Saya rasa Putin sedang marah dan kecewa sekarang serta mungkin menggandakan serangan cuba melemahkan tentera Ukraine, namun saya juga menjangkakan tentangan hebat daripada penduduk Ukraine sendiri."
- Pengarah Perisikan Pusat (CIA), Encik William Burns.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >