Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ketua eksekutif TikTok ulangi tanggungjawab lindungi 150 juta warga AS yang guna aplikasi itu

Mar 27, 2023 | 5:30 AM
TAMPIL DI KONGRES AMERIKA: Ketua Eksekutif TikTok, Encik Chew Shou Zi, semasa disoal oleh para penggubal undang-undang di Kongres Amerika Syarikat. - Foto AFP
TAMPIL DI KONGRES AMERIKA: Ketua Eksekutif TikTok, Encik Chew Shou Zi, semasa disoal oleh para penggubal undang-undang di Kongres Amerika Syarikat. - Foto AFP -

WASHINGTON: Sehari selepas disoal oleh para penggubal undang-undang Amerika Syarikat di Kongres, ketua eksekutif TikTok, Encik Chew Shou Zi, telah berkongsi pendapatnya tentang perbicaraan itu di akaun media sosial rasmi aplikasi tersebut.

Dalam video selama lebih seminit yang disiarkan pada Jumaat, warga Singapura berusia 40 tahun itu mengulangi bahawa adalah "tanggungjawab syarikat itu untuk melindungi lebih daripada 150 juta rakyat Amerika yang suka dan menggunakan" aplikasi perkongsian video pendek yang popular itu.

Semasa perbicaraan pada Khamis, penggubal undang-undang menyoal Encik Chew tentang potensi pengaruh China ke atas platform itu dan berkata video pendeknya merosakkan kesihatan mental kanak-kanak, mencerminkan kebimbangan dua parti terhadap pengaruh aplikasi itu ke atas rakyat Amerika.

Perbicaraan kongres, yang berlangsung lebih empat jam, berusaha untuk meredakan kebimbangan Amerika terhadap syarikat induk TikTok yang berpangkalan di China, ByteDance.

Dalam videonya, yang telah menarik lebih daripada 20 juta tontonan setakat ini, Encik Chew menekankan lagi bahawa TikTok akan terus menjaga keselamatan, terutamanya golongan remaja, sebagai keutamaan.

Beliau juga berkata bahawa syarikat itu akan terus melindungi data pengguna daripada akses asing yang tidak dibenarkan.

"Sekarang di Amerika, data Amerika akan disimpan di bumi Amerika oleh syarikat Amerika yang dipantau oleh kakitangan Amerika," kata Encik Chew dalam video itu, yang turut menekankan hujah serupa semasa perbicaraan. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg