Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ketua firma farmasi Jepun gesa telus perkenal vaksin

Dec 21, 2020 | 05:30 AM



TOKYO: Firma farmaseutikal mesti bersikap telus mengenai risiko dan faedah vaksin dalam usaha mengakhiri wabak koronavirus, kata ketua pembuat ubat terbesar di Asia yang berpangkalan di Jepun.



Takeda, salah satu syarikat farmaseutikal terbesar di dunia, tidak menghasilkan vaksinnya sendiri tetapi mempunyai kontrak dengan beberapa syarikat untuk mengedarkan ubat suntikan tersebut di Jepun dan juga menguji rawatan virus.



"Kita harus menguruskan keadaan dengan baik, bersikap sangat telus dan sangat teliti dalam cara kita memperkenalkan produk,'' kata ketua eksekutif syarikat tersebut Encik Christophe Weber kepada Agence France-Presse (AFP).



"Ubat atau vaksin tidak pernah sempurna ... selalu ada beberapa kesan sampingan,'' kata Encik Weber, yang menyertai Takeda pada 2014 dan mengambil alih jawatan utama tersebut setahun kemudian setelah hampir dua dekad di GlaxoSmithKline Britain.



Tetapi beliau optimis industri dapat menjelaskan risiko dan faedah vaksin dengan betul.



Warga Perancis itu bahkan melihat kemungkinan inokulasi dapat membantu menurunkan gelombang ketidakpastian yang semakin meningkat dan penolakan langsung terhadap vaksinasi di seluruh dunia.



"Ini suatu yang menarik untuk dilihat. Keraguan vaksin adalah kuat, terutama di beberapa negara, tetapi banyak vaksin memberi perlindungan terhadap penyakit yang tidak pernah dilihat orang,'' katanya.



"Di sini berbeza, setiap orang melihat kesan koronavirus ... sehingga ia benar-benar dapat menunjukkan nilai vaksin,'' tambah beliau.



Takeda menandatangani perjanjian dengan pemerintah Jepun dan firma AS Moderna Therapeutics pada bulan Oktober untuk mengimport dan mengedarkan 50 juta dos vaksinnya di Jepun pada bahagian pertama 2021.



Jumaat lalu, Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) memberikan kebenaran darurat bagi kegunaan vaksin Moderna - kebenaran yang sama yang telah diberikan kepada vaksin versi Pfizer-BioNTech.



Takeda juga telah menandatangani perjanjian dengan firma bioteknologi AS Novavax untuk menghasilkan dan memberikan vaksinnya di Jepun, jika ujian klinikal yang berterusan terbukti berjaya.



Tetapi firma itu - yang menjadi salah satu syarikat farmasi terbesar di dunia setelah pembelian firma Shire dari Ireland pada tahun 2019 - telah memutuskan untuk tidak menghasilkan vaksin koronavirus sendiri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >