Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ketua ISIS, Baghdadi, dipercayai dibunuh tentera AS

Oct 27, 2019 | 04:17 PM



WASHINGTON - Ketua ISIS, Abu Bakr al-Baghdadi, dipercayai telah terbunuh dalam operasi oleh tentera Amerika Syarikat di Syria, menurut sumber maklumat di Syria, Iraq dan Iran, hari ini (27 Oktober).



Presiden Amerika Donald Trump dikatakan sedang bersiap sedia membuat "kenyataan besar" itu di Rumah Putih.



Seorang pegawai Amerika, yang bercakap dengan pihak media dengan syarat tidak menyiarkan namanya, sebelum ini memberitahu Reuters bahawa Baghdadi adalah sasaran dalam serbuan semalaman tetapi tidak dapat mengatakan sama ada operasi itu berjaya ataupun tidak.



Komander puak militan di wilayah timur Syria, Idlib, berkata Baghdadi dipercayai terbunuh dalam serbuan selepas tengah malam semalam (26 Oktober), dalam operasi yang melibatkan helikopter, kapal terbang tentera dan pertempuran di kampung Brisha, berdekatan sempadan Turki.



Dua sumber pertahanan Iraq dan dua pegawai Iran mengatakan mereka menerima pengesahan daripada Syria bahawa Baghdadi telah dibunuh.



"Iran dimaklumkan mengenai kematian Baghdadi oleh pegawai Syria yang membawa berita dari tempat kejadian," kata seorang pegawai itu. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >