Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ketua menteri baru Sabah tidak mungkin dinamakan sedang parti dalam perikatan PM Muhyiddin masih berunding

Sep 27, 2020 | 3:46 PM
Ketua Barisan Nasional Sabah, Bung Moktar Radin (berbaju putih) mengisytiharkan Gabungan Rakyat Sabah menang undian majoriti bagi membentuk kerajaan negeri seterusnya.
Ketua Barisan Nasional Sabah, Bung Moktar Radin (berbaju putih) mengisytiharkan Gabungan Rakyat Sabah menang undian majoriti bagi membentuk kerajaan negeri seterusnya. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

KOTA KINABALU - Tidak terdapat banyak petanda bahawa seorang ketua menteri Sabah baru akan mengangkat sumpah pada Ahad (27 Sep) di tengah-tengah perbalahan berterusan di antara Umno dengan Bersatu tentang parti mana yang harus mengisi jawatan itu.

Perbincangan di antara kededua parti politik pada awal pagi tadi masih belum menghasilkan keputusan sedang Sabah menantikan Ketua Menteri baru, menurut laporan agensi berita.

Ini berikutan kemenangan diraih oleh perikatan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang mengalahkan parti Warisan Plus, yang diterajui Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Calon pilihan GRS adalah berbelah bahagi di antara Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dengan Ketua Bersatu Sabah, Datuk Seri Mohd Hajiji Mohd Noor.

Menurut sumber, kededua pihak berkeras untuk mengisi jawatan ketua menteri dan tidak ada ruang untuk rundingan sedang usaha 'tawar-menawar' dijangka menarik lebih ramai ahli dewan ke pihak masing-masing.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg