Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ketua Menteri: DUN Sarawak sudah dibubar, pilihan raya perlu diadakan

Nov 06, 2021 | 05:30 AM



KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah bubar berkuat kuasa 3 November lalu, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, semalam.



Beliau berkata Speaker DUN akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pembubaran DUN Sarawak.



Ini bermakna pilihan raya negeri Sarawak perlu diadakan dan kerajaan negeri sekarang akan berfungsi sebagai kerajaan sementara.



"Sekarang, terpulang kepada SPR untuk menentukan tarikh pilihan raya dan kita akan menyerahkan kepada rakyat untuk memberikan mandat baru bagi mentadbir negeri ini," katanya.



Datuk Abang Johari berkata pembubaran DUN Sarawak kali ini berlaku dalam situasi agak unik kerana ia serentak dengan pengumuman penamatan Proklamasi Darurat Sarawak oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada Rabu lalu.



Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan Proklamasi Darurat bagi Sarawak dari 2 Ogos lalu hingga 2 Februari tahun depan berikutan ancaman ke atas kesihatan awam disebabkan oleh pandemik Covid-19.



Berikutan pengisytiharan itu, pilihan raya negeri, yang sepatutnya diadakan selepas tempoh DUN Sarawak tamat pada 7 Jun lalu, ditunda ke tarikh lain selepas Proklamasi Darurat itu ditamatkan.



Datuk Abang Johari berkata selepas penamatan Proklamasi Darurat itu, pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari bagi menjamin hak rakyat Sarawak memilih kerajaan selaras dengan amalan demokrasi berparlimen.



Beliau menambah bahawa kerajaan negeri sentiasa berhubungan dengan pihak berkuasa kesihatan dan pihak berkepentingan lain dalam membuat keputusan untuk mendapatkan penamatan awal darurat, dan berkaitan pilihan raya negeri yang bakal diadakan kelak.



"(Ini) supaya pilihan raya diadakan dengan semua prosedur operasi standard (SOP) yang diperlukan dan kadar vaksin Covid-19 telah mencapai tahap yang boleh diterima oleh pihak berkuasa untuk pilihan raya dijalankan dengan selamat," katanya.



Sementara itu, Gabungan Parti Sarawak (GPS) belum membincangkan soal pemilihan calon bagi menghadapi pilihan raya negeri, kata Datuk Abang Johari, yang juga pengerusi GPS yang memerintah. - BHM, The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >