Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Ketua Menteri Melaka baru dilantik

Ab Rauf Yusoh dilantik ganti Sulaiman Md Ali yang letak jawatan
Apr 01, 2023 | 05:30 AM



MELAKA: Perkembangan politik Melaka kembali menjadi tumpuan setelah Pengerusi Umno Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka yang baru pada Jumaat.



Ia susulan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, sebagai Ketua Menteri ke-12, pada Rabu, dan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, telah menerima surat peletakan jawatan itu.



Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka diadakan pada Jumaat.



Isu pertukaran pemimpin negeri Melaka mula hangat beberapa bulan selepas kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) itu yang diadakan pada 20 November 2021.



Datuk Sulaiman meletakkan jawatan atas sebab kesihatan, namun spekulasi mengenai jawatan Ketua Menteri itu sudah bertiup kencang sejak tahun 2021 lagi.



Penganalisis Pengarah Eksekutif ILHAM Centre, Encik Hisommudin Bakar, berkata kepada Astro Awani:



"Saya melihat perkara ini apabila kita tahu pertukaran ini telah bertiup lama spekulasinya sejak selesai sahaja PRN Melaka dahulu.



"Datuk Seri Ab Rauf (Yusoh) dikatakan antara individu mendukung Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.



"Saya lihat beliau ialah individu diyakini pucuk pimpinan yang membawa hasrat dan hala tuju parti, sejajar dengan Kerajaan Perpaduan... (untuk) menubuhkan struktur Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri dan sebagai contoh negeri lain."



Menurutnya, Melaka bakal menjadi titik tolak Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri dan dijangka boleh diaplikasikan di negeri-negeri lain.



"Melaka akan jadi satu titik tolak di mana Kerajaan Perpaduan akan bermula di Melaka, ditunjukkan oleh BN.



Datuk Sulaiman menjadi Ketua Menteri Melaka ke-12 menggantikan Encik Adly Zahari yang dilantik Ketua Menteri Melaka ke-11 pada 11 Mac 2018, selepas Encik Adly tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka sebagai Ketua Menteri.



Melaka kemudian terpaksa pula mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas empat ADUN menarik sokongan terhadap Datuk Sulaiman dan menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang selesa dengan 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).



Bagaimanapun, selepas PRN Melaka November 2021 lalu, situasi politik di negeri ini beberapa kali berdepan detik genting apabila timbul dakwaan kononnya jawatan ketua menteri akan bertukar tangan.



Desas-desus kuat mengatakan Datuk Ab Rauf, yang juga ADUN Tanjung Bidara, bakal menggantikan Datuk Sulaiman.



Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada Rabu turut memaklumkan hanya satu nama, iaitu Datuk Ab Rauf, dihantar kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali, untuk dilantik sebagai Ketua Menteri yang baru.



Terdahulu, nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh, turut disebut bakal menjadi calon.



Setelah melalui pilihan raya negeri, beberapa perebutan kuasa untuk jawatan ketua menteri dan dua pilihan raya umum dalam tempoh lima tahun lalu, penduduk Melaka menggesa politik tidak sihat dihentikan.



Mereka berkata pergolakan politik yang tidak berkesudahan di negeri ini telah menyebabkan mereka letih, sambil menyeru agar lebih fokus kepada kebajikan rakyat.



Datuk Sulaiman dalam catatan Facebooknya pada Jumaat merayu rakyat di negeri Melaka memberi sokongan penuh kepada kepimpinan kerajaan negeri yang baru, termasuk Ketua Menteri yang baru.



Terdahulu, tular satu video kesedihan Datuk Sulaiman ketika berucap di media sosial dengan rakaman video itu dipercayai berlangsung ketika beliau mengadakan pertemuan terakhir bersama kakitangan Pejabat Ketua Menteri Melaka. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >