Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ketua Menteri Sabah positif Covid-19

Oct 10, 2020 | 12:09 AM
Sebelum ini Datuk Seri Hajiji telah menjalani kuarantin secara sukarela sejak beberapa hari lalu selepas salah seorang kakitangannya disahkan positif Covid-19. - FOTO: THE STAR
Sebelum ini Datuk Seri Hajiji telah menjalani kuarantin secara sukarela sejak beberapa hari lalu selepas salah seorang kakitangannya disahkan positif Covid-19. - FOTO: THE STAR -

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, disahkan positif COVID-19.

Menurut Setiausaha Perhubungan Awam Ketua Menteri Sabah, Encik Effendi Mohamed Sunoh, sebelum ini Datuk Seri Hajiji telah menjalani kuarantin secara sukarela sejak beberapa hari lalu selepas salah seorang kakitangannya disahkan positif Covid-19, lapor Berita Harian Malaysia.

"Semasa dalam kuarantin kendiri, beliau menjalani ujian Covid-19 sekali lagi dan hasil ujian terbaru mengesahkan beliau didapati positif.

"Kini beliau sedang menjalani rawatan di Hospital Queen Elizabeth bagi rawatan susulan dan keadaan kesihatan beliau baik serta stabil.

"Walaupun sedang menjalani rawatan, beliau masih menjalankan tugas dan tanggungjawab di tempat rawatan menerusi panggilan telefon dan sidang video," katanya dalam satu kenyataan, Jumaat malam (9 Oktober)

Encik Effendi turut menjelaskan kerajaan negeri tetap berfungsi seperti biasa.

Dalam laporan media sebelum ini pada Khamis (8 Okt), Datuk Seri Hajiji telah menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu secara sukarela dan perkara terbabit disahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg