SEOUL: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Ban Ki Moon, telah memberi petunjuk meyakinkan bahawa beliau mungkin memutuskan bertanding bagi menjadi presiden Korea Selatan, dengan berkata beliau merancang memikirkan langkah seterusnya apabila tempoh perkhidmatannya tamat.
"Saya akan pulang sebagai wargta Korea pada 1 Jan tahun depan," katanya pada Rabu (25 Mei) semasa mesyuarat dengan ahli Kelab Kwanhun, sebuah persatuan wartawan kanan perpangkalan di Seoul, di luar acara Forum Jeju.
"Apa yang saya harus saya lakukan sebagai warga Korea, saya akan fikirkan tentangnya nanti (apabila saya pulang) dan membuat keputusan dan mendapatkan nasihat jika perlu."
Kenyataan itu dibuat ketika spekulasi meluas mengenai kemungkinan beliau bertanding dalam pilihan raya presiden tahun depan sebagai calon Parti Saenuri yang pemerintah.
Semasa sesi itu, Encik Ban kebanyakannya mengulangi bahawa beliau berharap "berakhir dengan baik" sebagai ketua PBB, tetapi nadanya kelihatan lebih proaktif. Dalam satu langkah yang jarang berlaku, beliau mengambil masa untuk membincangkan keadaan politik dalam negeri.
"Negara ini sebenarnya sangat berpecah belah. Pemimpin politik perlu melakukan lebih banyak usaha untuk menyatukan negara ini... Seseorang, yang bersedia memberikan segala-galanya bagi parpaduan nasional, perlu tampil dan mengisytiharkan perpaduan besar," katanya.
Amat popular di sini, mantan menteri luar itu meraih penilaian tinggi dalam beberapa tinjauan dan tidak pernah menolak kemungkinan menceburi politik, walaupun mengelak daripada menjawab secara langsung setiap kali apabila ditanya. - Korea Herald/Asia News Network