Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Ketua pembangkang terkait dengan kes rasuah ahli perniagaan

May 12, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Ketua pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada petang Rabu bagi memberi keterangan berkait satu kes pendakwaan di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur.



Dalam kenyataannya, Datuk Hamzah berkata keterangan itu dibuat bermula 4.30 petang hingga 7 malam oleh pegawai SPRM susulan tuduhan ke atas ahli perniagaan, Sim Choo Thiam, di mahkamah.



Beliau mendakwa kes tuduhan yang turut mengheret namanya, jelas bertujuan mahu merosakkan nama baiknya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional (PN).



"Lebih-lebih lagi Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden Umno sendiri sebelum ini secara terbuka menyebut rancangan mahu mewujudkan kluster mahkamah dari kalangan pemimpin Bersatu dan PN.



"Saya percaya, ini kerana mereka bimbang dengan kekuatan PN, yang mana sokongan rakyat akan diterjemah sekali lagi dalam pilihan raya di enam negeri tidak lama lagi.



"Saya faham ada pihak tertentu panik dengan kedudukannya yang sedang goyah tetapi janganlah bertindak sehingga menyebabkan rakyat merasakan SPRM boleh diperalat pemimpin tertentu," katanya.



Sebelumnya, peniaga itu, Choo Thiam, 63 tahun, mengaku tidak bersalah atas satu tuduhan meminta dan tiga tuduhan menerima rasuah membabitkan RM15 juta ($4.46 juta) yang berlaku dua tahun lalu.



Mengikut empat tuduhan rasuah, dia dituduh melakukan kesalahan itu antara Jun (tarikh tertentu tidak disebut) dan 30 Julai 2021, sebagai dorongan buat Datuk Hamzah, yang ketika itu Menteri Dalam Negeri ketika pentadbiran PN, untuk membantu Asia Coding Centre mendapatkan sebarang projek daripada agensi di bawah kementerian tersebut.



Mengulas lanjut, Datuk Hamzah berkata agak janggal namanya disebut dalam tuduhan itu ketika dirinya tidak pernah terbabit dalam sebarang urusan.



"Bila diperhalusi keempat-empat tuduhan itu, ia menyebut suapan adalah mendapatkan apa-apa projek milik agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri. Jadi apakah projek yang menjadi hal perkara rasuah yang dimaksudkan?



"Jelas tuduhan sebegitu sengaja diada-adakan dan dibuat sebegitu rupa untuk mengheret nama saya dalam perkara yang tidak langsung membabitkan saya.



"Ini siri fitnah untuk menekan orang serta ahli perniagaan tertentu supaya memalitkan dan menuding jari terhadap saya demi mencemarkan nama saya," katanya.



Datuk Hamzah adalah pemimpin PN terbaru yang terbabit dalam skandal rasuah selepas pengerusi gabungan itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, didakwa atas beberapa tuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa yang dimulakan pentadbiran bekas perdana menteri itu.



Ahli Parlimen (AP) Tasek Gelugor Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan; dan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, turut didakwa menerima rasuah berhubung Jana Wibawa. - BHM, Free Malaysia Today.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >