Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Ketua Pemuda nafi Umno kerjasama dengan PKR

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Ketua Pemuda nafi Umno kerjasama dengan PKR

Mar 18, 2021 | 05:30 AM

PETALING JAYA: Dakwaan kerjasama politik antara Umno dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanyalah untuk mengekalkan harapan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berkata demikian, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, menyifatkan dakwaan itu sebagai permainan politik, sambil menambah bahawa PKR "dalam keadaan kacau-bilau''.

"Ini hanyalah permainan politik dan kita tahu mengapa. Ini kerana kepimpinan partinya dalam keadaan kacau-bilau," katanya.

Datuk Asyraf menyatakan PKR kini hanya mempunyai seorang naib presiden, iaitu Encik Tian Chua.

Dua naib presiden lain, Cik Zuraida Kamaruddin dan Dr Xavier Jayakumar, telah keluar daripada parti, sementara anak perempuan Datuk Anwar, Cik Nurul Izzah, mengundurkan diri daripada jawatannya pada 2018.

Dr Asyraf berkata walaupun presiden PKR itu bebas bercakap dengan sesiapa sahaja daripada Umno, protokol mesti dipatuhi.

"Anwar sebenarnya boleh berbincang dan berunding dengan sesiapa sahaja daripada Umno, baik dari bawah atau atas hingga presiden.

"Apa yang penting adalah keputusan apa pun yang berkaitan dengan dasar (parti), terutama yang besar, hanya dapat diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT)," tambahnya ketika dihubungi lewat kelmarin.

Datuk Asyraf, yang juga duduk dalam Biro Politik Umno, berkata perbincangan mengenai kerjasama dengan PKR tidak pernah dibangkitkan semasa mesyuarat Majlis Tertingi atau Biro.

"Sehingga kini, kami belum membincangkan atau menimbangkan apakah akan mengubah kedudukan kami untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan, terutama Anwar dan DAP," ujarnya.

Beliau menambah, mana-mana pemimpin Umno, bahkan presiden, harus mendapat mandat parti untuk mengadakan perbincangan mengenai kerjasama dengan pihak lain, seperti yang dilakukan ketika Umno mengadakan perbincangan dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk membentuk Muafakat Nasional pada 2019.

Sementara itu, dua ahli MT Umno yang dikatakan dalang sering membocorkan rahsia mesyuarat MT, sudah dikenal pasti.

Menurut laporan Utusan Malaysia yang memetik sumber, hal itu dimaklumkan sendiri oleh Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dalam ucapan di hadapan ketua bahagian dan sayap Pemuda dan Puteri di Melaka, baru-baru ini.

"Ahmad Zahid maklumkan dua ahli MT iaitu masing-masing lelaki dan wanita dikenal pasti hasil siasatan dilakukan.

"Umno tidak lagi boleh bertolak ansur dengan sikap ahli yang cuba menghancurkan parti.

"Presiden Umno akan umumkan nama mereka tidak lama lagi serta tindakan yang mungkin diambil iaitu memecat keahlian mereka daripada parti," katanya seperti dipetik akhbar berkenaan.

Kata sumber itu, Datuk Ahmad Zahid berang dengan sikap dua ahli MT berkenaan kerana menyalurkan maklumat dan butiran setiap kali mesyuarat diadakan.

Mesyuarat MT Umno yang terbaru adalah di Janda Baik pada bulan lalu, antaranya, dikatakan bagi membincangkan hala tuju hubungan dengan Bersatu. - The Star, Malaysiakini.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3