Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ketua penasihat Azmin gesa Anwar bersara daripada politik

Jul 19, 2019 | 09:10 AM



KUALA LUMPUR: Seorang ketua penasihat kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyarankan agar presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersara daripada politik semalam (18 Julai).



Sementara itu, penyokong Datuk Seri Azmin dalam PKR pula bersatu mengkritik presiden parti itu kerana tidak menyokong timbalannya berhubung dakwaan terbabit dalam video seks sejenis yang tular, lapor akhbar The Straits Times.



Seramai 23 daripada 64 anggota jawatankuasa pusat PKR serta lima lagi Anggota Parlimen telah menandatangi satu kenyataan bagi menyuarakan rasa tidak senang mereka itu.



Sebelum ini, Datuk Seri Anwar berkata Datuk Seri Azmin harus meletak jawatan sekiranya individu dalam video itu sah dirinya.



Penyokong Datuk Seri Azmin mengutuk komen yang dianggap sebagai tidak wajar dan spekulatif itu.



“Oleh kerana Datuk Seri Azmin Ali telah menafikan video itu, beliau sebagai presiden parti sepatutnya menyokong timbalannya demi perpaduan parti dan bukan menggasirnya menggunakan spekulasi.



“Beliau harus ingat bahawa Datuk Seri Azmin Ali telah mempertahankannya dan keluarganya selama lebih 20 tahun terhadap politik kotor seperti ini,” kata mereka, merujuk kepada dakwaan sodomi yang dihadapi Datuk Seri Anwar semasa berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri pada 1998.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >