Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Ketua penerangan Bersatu dituduh terima rasuah RM6.9j

Timbalan ketua bahagian parti juga didakwa, kededua kes libat projek bantu Bumiputera
Feb 22, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Dua ahli parti yang diketuai mantan perdana menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, didakwa pada 21 Februari atas tuduhan meminta dan menerima rasuah melibatkan lebih RM6.9 juta ($2.08 juta).



Ketua penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Wan Saiful Wan Jan, dikenakan dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah itu, membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta, pada tahun lalu, lapor The Straits Times.



Wan Saiful, 48 tahun, Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi.



"Saya mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan," katanya ringkas.



Wan Saiful didakwa meminta wang daripada Lian Tan Chuan bagi dorongan membantu Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur daripada kerajaan Malaysia, menerusi proses prakelayakan bernilai RM232 juta di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana, pada April 2022.



Dia juga didakwa menerima suapan RM6.9 juta menerusi akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya, WSA Advisory Group Sdn Bhd, daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Nepturis.



Ia sebagai upah bagi membantu Nepturis mendapatkan surat setuju terima projek itu di CIMB Bank Berhad cawangan Bukit Tunku di sini antara 8 Julai dengan 30 September 2022.



Wan Saiful didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang boleh membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah rasuah itu atau RM10,000, bergantung mana lebih tinggi.



Jana Wibawa adalah program yang direka untuk membantu kontraktor Bumiputera semasa pandemik Covid-19.



Ia idea Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz, menteri kewangan dalam Kabinet Tan Sri Muhyiddin yang sekarang Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Inisiatif itu terpalit kontroversi selepas Datuk Anwar berkata kos beberapa projek itu terlalu tinggi dan ada antaranya diluluskan tanpa melalui proses tender.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Pembaharuan Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, sebelum ini berkata Jana Wibawa melibatkan 56 projek yang telah dikeluarkan surat penerimaan, dengan nilai keseluruhan projek berjumlah RM6.3 bilion.



Beliau berkata beberapa surat penerimaan itu melibatkan ahli keluarga pemimpin tertinggi sebuah "parti politik tertentu".



Semalam, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memohon Wan Saiful diikat jamin antara RM500,000 hingga RM1 juta, pasportnya diserah kepada mahkamah, dan dia dikehendaki melaporkan diri di pejabat SPRM Putrajaya pada minggu pertama setiap bulan.



Bagaimanapun, peguam bela Wan Saiful, Datuk Hisyam Teh Poh Teik, memohon agar ikat jamin ditetapkan sebanyak RM200,000 hingga RM300,000, antara lain kerana mengambil kira isteri tertuduh tidak sihat dan sedang menjalani kemoterapi.



DPP kemudian mencadangkan ikat jamin sebanyak RM400,000 dan hakim bersetuju.



Sebutan kes seterusnya bagi serahan dokumen ditetapkan pada 22 Mac.



Sementara itu, timbalan ketua bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, didakwa di bilik mahkamah berasingan kerana meminta 3.5 hingga 7 peratus daripada nilai keseluruhan sebuah projek dan menerima rasuah RM500,000 daripada seorang pengarah urusan MIE Infrastructure and Energy.



Rasuah itu adalah untuk Adam mendapatkan surat kelulusan daripada kerajaan bagi membantu MIE mendapatkan projek di bawah program Jana Wibawa. Dia mengaku tidak bersalah, lapor Malay Mail.



Terdahulu, Wan Saiful tiba di lobi Kompleks Mahkamah dengan memakai sut hitam dan kemeja putih pada 8.45 pagi dengan diiring pegawai SPRM dan peguamnya.



Tan Sri Muhyiddin, presiden Bersatu dan pengerusi Perikatan Nasional (PN); Datuk Dr Radzi Jidin, naib presiden Bersatu; dan Datuk Seri Hamzah Zainudin, setiausaha agung Bersatu yang juga ketua pembangkang, antara pemimpin tertinggi parti itu yang hadir di mahkamah bagi memberi sokongan moral kepada Wan Saiful.



Pada 16 April, Tan Sri Muhyiddin dipanggil oleh SPRM untuk disoal siasat berhubung kes Jana Wibawa. Tetapi beliau berkata pada 19 April bahawa beliau berada di sana sebagai saksi, bukan suspek.



Tan Sri Muhyiddin telah berkata beliau tidak tahu mengapa beliau menjadi sasaran tuduhan rasuah, dan berikrar akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyindir beliau menerima rasuah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >