Topik diikuti
Pergi ke BHkuKetua PKR Perak gesa Azmin undur jika video tulen
Jun 19, 2019 | 5:30 AM
Ketua PKR Perak gesa Azmin undur jika video tulen
KUALA LUMPUR: Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Encik Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, semalam menggesa Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, meletakkan jawatan Kabinet sekiranya video seks tular yang dikaitkan dengan beliau terbukti tulen.
Beliau juga meminta Datuk Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, mengambil tindakan undang- undang terhadap Encik Haziq Abdullah Abdul Aziz, orang yang menuduh beliau.