Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ketua Polis M'sia: Pelaku video seks sejenis bukan 'menteri'

Beberapa pengerusi PKR negeri lahir sokongan penuh kepada Anwar
Jul 20, 2019 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Siasatan polis mendedahkan bahawa video seks gay yang didakwa membabitkan seorang menteri Malaysia dilakukan oleh sebuah kumpulan yang didalangi "seorang pemimpin parti politik".



Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, berkata niat kumpulan itu ialah menjatuhkan menteri tersebut dengan menyerang reputasinya.



Beliau berkata kumpulan itu bertujuan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat dan membayar "ratusan ribu ringgit" kepada sesetengah pihak untuk menghasilkan klip video tersebut.



"Polis telah memperoleh hasil analisis klip video dari CyberSecurity Malaysia. CyberSecurity mengesahkan peluang klip video itu tulen adalah tinggi.



"Bagaimanapun, keputusan (analisis) pengiktirafan wajah klip negatif (maksudnya) identiti lelaki seorang lagi dalam video itu tidak boleh dikaitkan kepada (menteri itu)," kata Datuk Hamid dalam satu kenyataan kelmarin, tanpa mendedahkan nama menteri berkenaan.



Beliau juga berkata: "Hasil siasatan PDRM (Polis Diraja Malaysia) juga mendapati bahawa wujud pakatan jahat yang didalangi oleh seorang pemimpin parti politik bertujuan mengaibkan dan menjatuhkan individu tertentu. Video yang disebarkan dengan tujuan membangkitkan kegusaran masyarakat dan telah dihasilkan oleh pihak yang diupah dengan ratusan ribu ringgit."



Sehari selepas klip video yang menunjukkan dua lelaki melakukan pelbagai kegiatan seks itu dikeluarkan kali pertama, bekas ketua sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Angkatan Muda Keadilan (AMK), Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz, mengaku pada 15 Jun lalu bahawa dia salah seorang lelaki berkenaan.



Haziq kemudian mendakwa bahawa lelaki yang seorang lagi ialah ialah Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.



Menteri itu, yang juga timbalan presiden PKR, menafikan dakwaan Haziq dan mendakwa ia satu konspirasi "orang dalam" partinya untuk menjatuhkannya.



Pemerhati mengatakan Datuk Azmin semakin menjadi ancaman terhadap kedudukan presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai perdana menteri seterusnya kerajaan Pakatan Harapan (PH), menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamed.



Selepas Datuk Hamid mengeluarkan kenyataan tersebut, Datuk Azmin menerusi di Twitter rasmi beliau:



"Alhamdulillah, syukur."



Setakat ini, sembilan orang ditangkap polis untuk membantu dalam siasatan ke atas video tersebut. Mereka termasuk Haziq dan ketua PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, yang juga setiausaha politik Datuk Anwar.



Farhash sebelum ini menafikan terlibat dalam pengedaran klip video itu dan sebaliknya menggesa Datuk Azmin meletak jawatan "jika terbukti bahawa beliau orang dalam video itu".



Datuk Anwar berkata beliau terkejut dengan penangkapan Farhash dan menafikan beliau dalang video tersebut. Beliau juga mengatakan sindiran bahawa ada pihak lebih tinggi di balik video itu "tidak berasas".



Lima daripada orang yang ditahan itu, tidak termasuk Haziq dan Farhash, dibebaskan kelmarin selepas tempoh perintah reman ke atas mereka tamat.



Skandal video itu menonjolkan perpecahan dalam PKR, dengan wujudnya dua kem - Datuk Anwar dengan penyokong beliau dan Datuk Azmin dengan penyokongnya. Kenyataan Datuk Anwar bahawa Datuk Azmin harus meletak jawatan Kabinetnya jika klip video itu terbukti sahih, mendapat kritikan 23 daripada 64 anggota jawatankuasa pusat PKR serta lima lagi Anggota Parlimen (AP) parti itu.



Dalam satu kenyataan bersama kelmarin, mereka berkata kenyataan Datuk Anwar itu "tidak berasas kerana hanya berdasarkan spekulasi semata-mata" dan menegaskan beliau tidak harusa mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan perpecahan dalam parti.



Datuk Azmin, kata mereka, seharusnya membela Datuk Azmin dan "membanteras komplot politik jahat bagi menjatuhkan YB Datuk Seri Mohamed Azmin".



Malah, seorang penasihat utama Datuk Azmin, Datuk Khalid Jaafar, mencadangkan agar Datuk Anwar bersara daripada politik.



"Umur sudah lanjut, perjalanan kembali jauh. Seeloknya Anwar Ibrahim bersara sahajalah dari politik," katanya dalam Facebook, semasa mengulas gesaan agar Datuk Azmin pergi bercuti sementara kes video itu disiasat.



Namun, semalam beberapa pengerusi PKR negeri menyatakan sokongan penuh kepada Datuk Anwar.



Setakat pagi semalam, ketua PKR Perlis, Kedah, Melaka, Terengganu, Wilayah Persekutuan dan Kelantan telah menandatangani dokumen menyatakan sokongan itu.



Mereka turut menubuhkan Majlis Pengerusi-pengerusi Pimpinan Negeri PKR, dengan ketua PKR Kedah, Datuk Johari Abdul, diangkat menjadi penyelarasnya.



"Enam daripada kami bermesyuarat hari ini dan mengambil ketetapan bahawa kami menyokong sepenuhnya presiden parti. Kami juga menyokong usaha keras presiden untuk membangunkan parti.



"Kami berdiri teguh di belakang beliau dalam menghadapi apa jua cabaran dan memberi komitmen tanpa berbelah bahagi kepada beliau dalam usaha memimpin negara ke tahap diharapkan rakyat.



"Kami yakin Anwar seorang pemimpin yang akan menunaikan janji parti kepada rakyat dan kami akan bersama beliau untuk pastikan semua ini terlaksana," kata Datuk Johari pada satu sidang media ibu pejabat PKR di sini. - The Star, BHM, NST.




"Bagaimanapun, keputusan (analisis) pengiktirafan wajah klip negatif (maksudnya) identiti lelaki seorang lagi dalam video itu tidak boleh dikaitkan kepada (menteri itu),"
- Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, tanpa mendedahkan nama menteri yang dimaksudkan yang sebelum ini dikaitkan dengan video seks sejenis yang tular di media sosial.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >