Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Ketua Umno Zahid diperintah bela diri bagi 47 pelbagai tuduhan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Ketua Umno Zahid diperintah bela diri bagi 47 pelbagai tuduhan

Jan 25, 2022 | 05:30 AM

MAHKAMAH Tinggi Malaysia memerintahkan mantan timbalan perdana menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, membela diri terhadap 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram, selepas mendapati pendakwa telah membuktikan ada kes prima facie (pada zahirnya) ke atas presiden Umno itu.

Anggota Parlimen Bagan Datok, Perak, itu, yang kelihatan tenang selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah, membacakan keputusan ringkasnya, memilih memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.

Datuk Sequerah dalam penghakimannya berkata mahkamah membuat keputusan itu selepas membuat penilaian maksimum terhadap bukti yang dikemukakan pendakwaan melalui 99 saksi yang memberi keterangan selama 24 hari.

Hakim mendapati hujah pihak pembelaan bahawa Datuk Dr Ahmad Zahid harus diberi imuniti di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) kerana dia secara jujur mendedahkan maklumat tentang transaksi berkaitan Yayasan Akalbudi (YAB), yang dikendalikan keluarganya, tidak mempunyai merit.

Peruntukan Akta SPRM itu mengatakan sesiapa yang mendedahkan sebarang maklumat kepada SPRM tidak boleh didakwa melainkan dia membuat kenyataan palsu atau mengelirukan.

Hujahan imuniti itu dibangkitkan peguam bela Datuk Dr Ahmad Zahid, Encik Hisyam Teh Poh Teik, semasa mengemukakan hujahan pada akhir kes pendakwaan pada 6 September tahun lepas.

Encik Hisyam memberitahu mahkamah anak guamnya membuat pernyataan pada 2 Julai dan 3 Julai 2018 di bawah peruntukan Akta SPRM itu, jadi dia dilindungi dengan imuniti daripada pendakwaan.

Hakim berkata selepas menjalankan penilaian maksimum, mahkamah mendapati pendakwa telah membuktikan semua ramuan pertuduhan dan berjaya membuat kes prima facie bagi memasukkan pembelaan atas 12 pertuduhan pecah amanah di Akta SPRM 2009, lapan pertuduhan rasuah di bawah Kanun Keseksaan, dan 27 pertuduhan penggubahan wang haram di bawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.

"Dengan ini saya memanggil orang yang kena tuduh (OKT) untuk membela diri terhadap semua pertuduhan," kata Hakim Datuk Sequerah.

Beliau berkata tertuduh mempunyai tiga pilihan untuk membela dirinya - pertama, memberi keterangan secara bersumpah di kandang saksi dengan pihak pendakwaan diberi peluang menyoal tertuduh semasa pemeriksaan balas; kedua, memberi keterangan tidak bersumpah di kandang tertuduh tanpa boleh disoal balas oleh pihak pendakwaan; dan ketiga, berdiam diri dan tidak menjawab pertuduhan.

Datuk Dr Ahmad Zahid berbincang dengan peguamnya dan kemudian berkata: "Yang Arif, saya memilih pilihan pertama".

Mahkamah menetapkan 26 hingga 28 April sebagai permulaan sesi mendengar pembelaan.

Sementara itu di luar mahkamah, Datuk Dr Ahmad Zahid memberitahu media beliau secara peribadi dan barisan peguam bela akur dengan keputusan mahkamah itu.

"... apabila pembelaan diri dilakukan, maka pasukan guaman saya akan menjalankan tugas mengikut prosedur yang telah ditentukan oleh mahkamah, pasukan peguam saya akan meneruskan perbicaraan ini sebagaimana yang telah ditetapkan oleh mahkamah tadi," katanya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3