Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ketua wakil Indo ke mesyuarat G-20 di Italy diuji positif koronavirus

Jun 24, 2021 | 05:30 AM



ROME: Ketua perwakilan Indonesia ke pertemuan Kumpulan 20 (G-20) di Italy diuji positif Covid-19 dengan enam orang lain terpaksa melakukan pengasingan diri, lapor agensi berita Italy kelmarin.



Diplomat itu, yang dijadual menghadiri rundingan peringkat menteri G-20 di Sicily mulai kelmarin, telah diuji negatif sebelum meninggalkan Indonesia tetapi didapati positif pada Isnin lalu.



Enam yang lain dalam perwakilan itu telah diasingkan di hotel mereka di kota Sicily, Catania, lapor agensi berita ANSA dan AGI, dengan menukil pegawai kesihatan tempatan.



Mesyuarat G-20 yang bermula kelmarin dan semalam mengumpulkan menteri tenaga kerja, pekerjaan dan pendidikan daripada sekumpulan negara ekonomi maju dan membangun.



Italy telah dilanda teruk oleh wabak koronavirus tetapi dalam beberapa bulan lalu mencatat penurunan besar dalam kes Covid-19.



Ia telah menarik balik hampir semua sekatan, dengan pelitup tidak lagi wajib di luar rumah mulai 28 Jun ini.



Sebelum ini, semasa pertemuan peringkat menteri luar di sidang Kumpulan 7 (G-7) di London awal Mei lalu, juga berlaku kebimbangan mengenai Covid-19 apabila menteri luar India dan seluruh delegasinya mengatakan mereka melakukan pengasingan diri selepas dua anggota kumpulan mereka diuji positif.



India ketika itu dilanda lonjakan terbesar dunia berkaitan penularan Covid-19, dan negara itu menghadiri G-7 sebagai tetamu dan dijadual mengambil bahagian dalam beberapa acara di perjumpaan itu.



Seorang pegawai Britain mengesahkan dua ujian positif itu dan mengatakan bahawa keseluruhan delegasi India mengasingkan diri.



Peraturan Britain memerlukan tempoh pengasingan diri selama 10 hari.



Sementara itu, pemimpin G-20 pada Mei lalu telah membuat deklarasi yang mengesyorkan tindakan sukarela untuk meningkatkan pengeluaran vaksin Covid-19, menolak desakan dari Amerika Syarikat dan negara lain mengenai pengecualian paten vaksin itu.



Pegawai Eksekutif Kesatuan Eropah (EU), yang menjadi tuan rumah pertemuan puncak itu bersama pemerintah Italy, mengumumkan penubuhan tiga pusat penghasilan vaksin di Afrika tahun ini untuk meningkatkan pengeluaran vaksin dalam tempoh jangka panjang.



Pada masa yang sama, syarikat pembuat ubat juga mengumumkan bahawa mereka akan menyediakan bekalan vaksin Covid-19 yang besar kepada negara miskin tahun ini untuk berusaha mengatasi ketidakseimbangan bekalan sejagat.



Antara syarikat yang mengumumkan dos tambahan buat negara miskin adalah rakan vaksin Pfizer dan BioNTech. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >