Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Khabar angin 'pemerintahan tentera' di AS undang kemarahan

Dec 22, 2020 | 05:30 AM



WASHINGTON: Dengan hanya satu bulan lagi sehingga Encik Joe Biden secara rasmi menyandang jawatan Presiden, Encik Donald Trump kekal menumpukan usaha membatalkan pilihan raya 2020 dengan penasihatnya dilaporkan meneroka idea melaksanakan pemerintahan tentera.



Idea itu sekali gus mencetuskan kemarahan dan rasa tidak percaya di Washington.



Encik Trump rata-ratanya menjauhkan diri daripada perhatian awam sedang beberapa perkara penting berlaku di Amerika Syarikat.



Ini termasuk serangan siber berprofil tinggi serta perbincangan mengenai pakej bantuan Covid-19 yang besar, hingga pelancaran kempen vaksin yang bersejarah.



Namun, menurut laporan The New York Times, CNN dan The Wall Street Journal, Presiden Trump tetap meluangkan masanya Jumaat lalu untuk memimpin perbincangan di Rumah Putih bagi mencari cara baru untuk menentang atau membatalkan kemenangan Encik Biden.



Turut ditimbulkan ialah idea mengerahkan tentera membantu usahanya itu, sebelum idea itu ditolak.



Beberapa laporan lain pula berkata Encik Trump telah juga mempertimbangkan untuk merampas mesin pilihan raya untuk memeriksanya; dan menamakan Cik Sidney Powell, seorang peguam dalam pasukan kempennya yang telah mengemukakan teori konspirasi yang luar biasa, sebagai penasihat khas untuk terus menyokong tuduhan tidak berasas Encik Trump mengenai penipuan pilihan raya secara besar-besaran.



Turut hadir dalam perbincangan di Pejabat Oval itu ialah Jeneral Michael Flynn yang telah bersara.



Beliau merupakan penasihat keselamatan negara pada suatu ketika sebelum mengundurkan diri di bawah tekanan, mengaku berbohong kepada Biro Siasatan Federal (FBI), dan kemudian, pada November, diberi pengampunan oleh Encik Trump.



Encik Flynn baru-baru ini berkata dalam satu wawancara bersama televisyen Newsmax bahawa Encik Trump mungkin akan "menggunakan keupayaan ketenteraan dan menempatkannya di negeri-negeri persaingan hangat dan menjalankan semula pilihan raya kita".



Encik Trump pula menafikan laporan mengenai perjumpaan Jumaat lalu itu dalam satu 'tweet' pada Sabtu tengah malam, dengan mengatakan, "Pemerintahan tentera = Berita Palsu. Lebih banyak lagi laporan yang diketahui buruk!"



Beberapa pegawai kanan tentera telah menjelaskan bahawa mereka tidak akan mengambil bahagian dalam usaha membatalkan keputusan pilihan raya yang telah disahkan oleh setiap negeri dan disahkan oleh Badan Perwakilan Pemilih.



"Tidak ada peranan bagi tentera Amerika dalam menentukan hasil pilihan raya Amerika," kata Setiausaha Tentera Ryan McCarthy dan Ketua Staf Tentera Darat James McConville dalam satu kenyataan pada Jumaat lalu.



Bagaimanapun, Encik Trump tetap memerlukan persetujuan kongres untuk melaksanakan pemerintahan tentera, menurut kajian awal tahun ini oleh Pusat Keadilan Brennan.



Tetapi laporan mengenai perbincangan luar biasa telah mengundang persoalan dan kecaman hebat oleh sesetengah pihak, yang tidak percaya terhadap dengan kenyataan itu. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >