Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Khairy bakal CEO Kelab Bola Sepak Johor?

Jan 30, 2023 | 5:30 AM
KHAIRY SERTAI JDT?: Tunku Ismail Sultan Ibrahim (kanan) memuat naik di laman Instagram beliau gambar beliau bersama Encik Khairy dengan komen "Bakal CEO JDTFC dan penasihat belia Johor". - Foto HRH CROWN PRINCE OF JOHOR / INSTAGRAM
KHAIRY SERTAI JDT?: Tunku Ismail Sultan Ibrahim (kanan) memuat naik di laman Instagram beliau gambar beliau bersama Encik Khairy dengan komen "Bakal CEO JDTFC dan penasihat belia Johor". - Foto HRH CROWN PRINCE OF JOHOR / INSTAGRAM -

BERITA

KUALA LUMPUR: Apakah mantan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Encik Khairy Jamaluddin, bakal menyertai Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT)?

Persoalan ini bermain dalam fikiran peminat bola sepak tempatan menyusuli pos terbaru pemilik kelab itu, Putera Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, di laman Instagramnya semalam.

Menerusi satu pos di Instagram Story miliknya, Tunku Ismail seolah-olah memberi bayangan Encik Khairy, yang juga mantan Menteri Kesihatan dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, akan menjadi ketua pegawai eksekutif (CEO) JDT pada masa depan.

"Bakal CEO JDT dan penasihat belia Johor," tulis Tunku Ismail, dalam pos itu, yang turut memuat naik gambar beliau bersama Encik Khairy.

Encik Khairy membalas pos itu di Instagram rasmi beliau dengan gambar sama dengan komen: "One door closes, others will open (Satu pintu tutup, yang lain akan terbuka). Rezeki di tangan Allah."

Beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan dari Mei 2013 hingga Mei 2018.

Jumaat lalu, Encik Khairy, yang juga bekas Ketua Pemuda Umno, dipecat daripada parti itu.

Setiausaha agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, mengesahkan Encik Khairy dan bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sr Noh Omar, dipecat daripada Umno disebabkan pelanggaran disiplin parti kerana kesalahan ketika pilihan raya umum Malaysia pada November lalu.

Sebelum ini, Encik Khairy dengan tegas menyatakan beliau tidak kecewa atau tunduk kepada keputusan partinya itu.

Encik Khairy, yang sebelum ini membayangkan beliau akan dipecat atau digantung, juga menyatakan melalui satu kenyataan ringkas di Twitter bahawa beliau tidak terkesan oleh apa yang diputuskan oleh majlis kerja tertinggi Umno itu. - BHM

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg