Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Khairy bimbang tidak ada lagi kawasan untuk bertanding pada PRU-15

Sep 25, 2022 | 5:30 AM
efd7191a-1e21-4138-b9eb-d08677b872f5
-

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rembau, Encik Khairy Jamaluddin, mengakui risau memikirkan kelangsungan kerjaya politiknya kerana belum mempunyai kawasan untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menteri Kesihatan Malaysia itu berkata kebimbangannya berhubung perkara itu melangkaui kerisauan Kabinet sama ada mengadakan PRU15 pada tahun ini atau sebaliknya.

"'Concern' (kebimbangan) saya sekarang ini adalah tiada lagi kawasan untuk bertanding (pada PRU-15)," katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Perubatan Dermatologi dan Estetik Asia (ADAMS), di sini semalam.

Beliau mengulas beberapa kebimbangan yang dikatakan dibangkitkan Kabinet pada mesyuaratnya Rabu lalu, sebelum bersetuju mengadakan PRU-15 pada tahun ini.

Antara kebimbangan berkenaan adalah musim banjir, selain mempertimbang keputusan enam negeri yang tidak setuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika Parlimen dibubarkan dalam tempoh terdekat.

Awal bulan ini, Encik Khairy mengesahkan tidak akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen disandangnya selepas beliau diarah mengosongkan kerusi itu oleh Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, yang mahu bertanding di Rembau. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg