Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Khairy dicabar enam pesaing di luar kubu kuat Harap kos sara hidup tinggi akan pulih

Patuh arahan BN lepaskan Rembau di Negeri Sembilan, bersaing di Sungai Buluh di Selangor
Nov 09, 2022 | 05:30 AM



Perebutan kerusi parlimen Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjadi tumpuan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Malaysia kerana bilangan calonnya yang ramai, dengan beberapa kawasan undi direbut lapan hingga 10 orang. Dalam bahagian pertama daripada laporan khas dua bahagian ini, BERITA HARIAN menonjolkan sebahagian cabaran yang dihadapi penduduknya dan memaparkan beberapa calon utama yang bertanding. 




WALAUPUN banyak isu dihadapi rakyat, beliau enggan menyalah sebarang pihak sebelum mendapat gambaran penuh mengenai cabaran yang ada, kata calon Barisan Nasional di Sungai Buloh di Selangor, Encik Khairy Jamaluddin.



Satu masalah paling ketara ialah banjir di Kampung Melayu Subang, yang terletak dalam kawasan undi itu.



"Saya tak nak tuduh kerajaan negeri atau wakil rakyat lama... mereka akan balas dan kata, ini orang baru datang, dia pun tak tahu hujung pangkal kesnya. Tapi saya bercakap berdasarkan apa yang saya dengar daripada penduduk... bukan saya cakap sendiri," ujar Encik Khairy.



"Mereka memang sangat terkesan oleh masalah sungai di sini. Yang jelas banjir berpunca dari sungai dan pengaliran keluar air (kurang memadai) dan boleh menyebabkan air berkumpul.



"Ini kena ada penyelesaiannya... seperti luaskan laluan air atau penyelesaian lain. Kita tidak boleh biarkan macam gini. Kalau tidak, bahaya."



Bercakap kepada wartawan selepas bertemu penduduk Kampung Melayu Subang, Encik Khairy berkata beliau berasa sedih melihat keadaan itu dan bertekad membuat perubahan sebaik mungkin jika dipilih sebagai ahli parlimen di sana.



"Di satu lorong yang ditunjukkan kepada saya oleh penduduk kampung... ia hanya satu jalan keluar saja. Kalau ada apa-apa berlaku, mereka tidak boleh keluar dari tempat itu (dengan cepat)," katanya.



Beliau berkata kampung itu, yang terletak dekat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, yang lebih dikenali sebagai Lapangan Terbang Subang, sebuah kampung lama dan memerlukan prasarana baru, terutama bagi orang muda.



Selain itu, peluang pekerjaan dan latihan perlu dipertingkat, katanya. Kemudahan lain, seperti pusat sukan dan riadah, juga perlu diadakan.



"Mereka memang mengharapkan sesuatu," kata Encik Khairy.



Seorang pengundi kali pertama, Encik Iqbal Abdullah, 22 tahun, berkata beliau tidak begitu mengikuti perkembangan politik tetapi ingin memainkan peranan memilih penjawat parlimen terbaik bagi mewakili penduduk.



"Saya tidak mempunyai sebarang keprihatinan mendesak, tetapi saya harap kehidupan harian kita akan terjaga," kata pemasang panel suria itu.



Encik Khairy meninggalkan kubu sokongannya di Rembau, Negeri Sembilan, yang didudukinya sejak 2008, untuk bertanding di Sungai Buloh atas arahan gabungan Barisan Nasional (BN), yang diketuai partinya, Umno.



Beliau berdepan persaingan tujuh penjuru untuk merampas kerusi itu daripada Pakatan Harapan (PH).



PH diwakili Datuk R. Ramanan, menggantikan Anggota Parlimen tiga penggal S. Sivarasa yang digugurkan kali ini atas sebab kesihatan. Lima lagi calon ialah Encik Mohd Ghazali Md Hamin (Perikatan Nasional (PN)), Encik Mohd Akmal Mohd Yusof (Gerakan Tanah Air), Encik Ahmad Jufliz Faiza (Parti Rakyat Malaysia), serta dua calon bebas, Syed Abdul Razak Syed Long Al Sagoff dan Cik Nurhaslinda Basri.



Pengundi berdaftar di Selangor meningkat lebih 50 peratus, atau 1.26 juta, bagi PRU15 berbanding PRU14 pada 2018, menjadikan jumlahnya 3.67 juta. Ini disebabkan pendaftaran automatik dan tambahan pengundi lepas had umur mengundi direndahkan kepada 18 tahun, kata Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.



Kumpulan pengundi paling besar di Selangor ialah rakyat berusia 21-59 tahun, iaitu 2.8 juta orang. Golongan 18-20 tahun membentuk 7.44 peratus pengundi, iaitu sekitar 273,000 orang.




Harap kos sara hidup tinggi akan pulih



SETIAP petang, Cik Noor Sezlin Ilis meronda jalan raya sempit di kawaran pinggir kota di Subang dengan motosikal kapcainya. Beliau, 28 tahun, yang bersama ibu dan kakaknya menjual pisang goreng di tepi jalan di Taman Subag Jaya, mencari minyak masak dalam paket yang dijual pada harga subsidi.



Sepaket minyak masak seberat satu kilogram itu berharga RM2.50 (75 sen). Ia dijual kepada golongan berpendapatan rendah dalam kumpulan pendapatan 40 peratus paling bawah (B40). Namun sejak awal tahun ini, permintaan bagi minyak itu meningkat, menyebabkan bekalan tertekan.



Timbalan Menteri Ehwal Domestik, Perdagangan dan Pengguna Malaysia, Datuk Rasol Wahid, berkata awal tahun ini bekalan berkurangan kerana rakyat berpendapatan lebih tinggi turut membelinya. Ia mendorong pihak berkuasa mengehadkan jumlah yang boleh dibeli setiap pembeli kepada tiga paket sehari - tidak cukup bagi Cik Sezlin, yang memerlukan 10 kilogram bagi perniagaannya.



"Apa nak buat... jadi saya akan pergi ke tempat-tempat lebih jauh untuk membeli minyak masak ini. Kalau tidak, kami tidak dapat berniaga dan pendapatan kami terjejas lebih teruk," ujarnya.



Cik Sezlin berkata pendapatan mereka menjunam sekitar 50 peratus daripada sekitar RM600 sehari sejak pandemik Covid-19 menular pada 2020. Sepanjang dua tahun lalu, mereka hanya dapat berniaga dari luar rumah sahaja, kata ibunya, Cik Sabariah Samad, 68 tahun.



Sepanjang tempoh itu dan hingga kini, harga bahan lain yang diperlukan untuk berniaga, seperti telur dan tepung, juga meningkat, tambahnya.



"Sangka kami keadaan bertambah baik lepas pandemik surut... tapi keadaan tidak pulih seperti yang diharap,"kata Cik Sabariah lagi.



Harga minyak bersubsidi itu sekitar separuh harga biasa di pasaran. Bakinya ditanggung kerajaan. Laporan media awal tahun ini berkata kerajaan memperuntuk 60,000 tan minyak makan bersubsidi setiap bulan.



Kos sara hidup yang terus meningkat antara isu hangat dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Malaysia.



Seorang lagi penduduk di Subang, peniaga Jaafar Sadik, 47 tahun, berkata keadaan itu mencetus keprihatinan, tetapi beliau yakin ekonomi akan pulih. "Sebagai rakyat, kami hanya boleh berusaha dan mengharap pihak berkuasa juga berusaha gigih membantu rakyat," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >