Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Khairy gesa Umno adakan pemilihan sebelum PRU bagi hurai kemelut dalaman

Mar 31, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Umno perlu menyegerakan pemilihan parti itu sebelum pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) jika ia mahu menyelesaikan kemelut dalaman yang membelenggu parti itu sejak beberapa bulan lalu, ujar mantan ketua Pemuda Umno, Encik Khairy Jamaluddin,



Menegaskan demikian, Ahli Parlimen Rembau itu berkata pemilihan parti, yang dijadualkan berlangsung tahun ini, akan membolehkan Umno menghadapi PRU-15 dengan barisan pemimpin yang mempunyai "mandat jelas dan boleh mendapat sokongan rakyat".



"Hanya satu cara untuk menyelesaikan kemelut dalaman Umno. Segerakan pemilihan parti. Jangan tangguhkan hingga selepas pilihan raya umum.



"Sepatutnya pemilihan diadakan tahun ini. Umno mesti menghadapi PRU dengan kepimpinan yang mempunyai mandat jelas dan yang boleh mendapat sokongan rakyat.



"Segerakan pemilihan parti. Lakukan perkara yang tepat, Majlis (Kerja) Tertinggi (Umno).



"Anda tahu kita tak boleh teruskan dalam keadaan begini," kata timbalan ketua Umno bahagian Rembau itu dalam satu catatan Instagram semalam.



Beliau Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN).



Kemelut dalaman Umno tercetus antaranya disebabkan wujud kelompok yang mahu menamatkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan pihak yang menyokong kerjasama itu diteruskan atas alasan penyatuan umat.



Beberapa isu lain turut mencetus perpecahan dalam parti itu, termasuk dakwaan wujud usaha menjalin kerjasama dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Parti Tindakan Demokratik (DAP), yang dikatakan didalangi beberapa pemimpin kanan Umno.



Selain itu, perpecahan turut dilihat antara pemimpin parti tiada jawatan dalam kerajaan dengan beberapa pemimpin berjawatan dalam Kabinet, agensi atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC).



Beberapa kumpulan pula melihat presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang cenderung memutuskan kerjasama dengan Bersatu, sebagai liabiliti kepada parti kerana berdepan puluhan pertuduhan rasuah di mahkamah.



Dua hari lalu, perhimpunan agung Umno meluluskan usul ditiada kerjasama dengan Bersatu pada PRU-15, manakala kebersamaan dalam kerajaan PN diteruskan hingga pembubaran Parlimen.



Pemilihan Umno perlu diadakan setiap tiga tahun. Kali terakhir parti itu mengadakan pemilihan pada 30 Jun 2018. Penggal jawatan kepimpinan Umno sekarang tamat pada 30 Jun 2021. Jika tiada penangguhan, proses pemilihan perlu dilakukan sebelum Julai 2021. - BHM, Malaysiakini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >