Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:15
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA MALAYSIA - HARI PENAMAAN CALON

Khairy Jamaluddin bertarung 7 penjuru di Sungai Buloh

Nov 06, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Selangor, yang menawarkan 22 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, menjadi 'medan pertempuran' bagi nama besar mencipta atau mengakhiri kerjaya politik mereka.



Mantan Menteri Kesihatan, Encik Khairy Jamaluddin, yang sebelum ini penyandang kerusi Rembau, Negeri Sembilan, mempertaruhkan dirinya untuk bertanding di Parlimen Sungai Buloh, yang menjadi kubu kuat Pakatan Harapan (PH).



Beliau, yang mengakui bukan mudah untuk menang, tetap bersedia untuk menghadapi pertarungan paling sukar dalam kerjaya politiknya apabila berdepan pertembungan tujuh penjuru.



"Bagi saya, pertarungan ini amat sangat sukar, tetapi saya terima cabaran itu. Satu undi untuk saya adalah satu undi untuk calon perdana menteri kita, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.



"Saya akan menyokong Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri seperti diumumkan Ahmad Zahid sebelum ini dan tiada lagi kekeliruan sekarang," katanya, di Kompleks Pejabat Daerah dan Tanah semalam.



Sebelum ini, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Rafizi Ramli, meminta supaya pengundi di Sungai Buloh tidak mengundi Encik Khairy kerana undian berkenaan membolehkan Datuk Ahmad Zahid, yang juga calon BN di Bagan Datuk, menjadi Perdana Menteri.



Parlimen Sungai Buloh mempunyai 158,090 pengundi di dua Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Paya Jaras dan Kota Damansara.



Parlimen Sungai Buloh semalam memperlihatkan pertembungan tujuh penjuru antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Parti Rakyat Malaysia (PRM), Gerakan Tanah Air (Pejuang) serta dua calon Bebas.



Di Parlimen Gombak, yang menjadi ikutan ramai apabila 'guru dan anak murid' politik bertembung selepas mereka membawa haluan masing-masing berikutan peristiwa kekecohan politik, atau dikenali sebagai 'Langkah Sheraton'.



Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, yang sebelum ini dikaitkan sebagai 'bayang-bayang' dengan mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, menolak dakwaan tersebut.



"Pandangan itu dah lama… sudah dua tahun lebih (saya) tak ikut jejak beliau. (Saya) setia dengan PH kerana perjuangan dan juga kerana dasar kita yang jelas untuk kemakmuran dan kesejahteraan Malaysia," katanya kepada pemberita di luar pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak.



Datuk Seri Azmin, yang juga penyandang tiga penggal berturut-turut di kerusi itu, berkata beliau mempunyai kelebihan tertentu tetapi akan terus kerja kuat.



"Pengundi Gombak amat matang kerana mereka mahu lihat sama ada calon atau penyandang itu memberikan khidmat kepada kawasan tersebut dan rakyat di sesuatu kawasan tersebut," katanya.



Selain Datuk Seri Amirudin dan Datuk Seri Azmin, tiga lain adalah Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, Encik Jamaludin Mhd Tahir (Pejuang) dan Bebas, Encik Zulkifli Ahmad.



Sementara itu, penyandang kerusi Parlimen Tanjung Karang, yang juga mantan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar, hadir di Dewan Datuk Hormat Tanjung Karang bagi memberi sokongan moral kepada calon BN, Ketua Wanita Umno Tanjong Karang, Datuk Habibah Mohd Yusof.



Datuk Habibah dicabar Datuk Dr Zulkapferi Hanafi (PN) Cik Siti Rahayu Baharin (PH), Encik Azlan Sani Zawawi, atau dikenali sebagai Lando (Pejuang), dan pesara kerajaan yang bertanding sebagai calon Bebas, Encik Mohd Rosni Mastol.



Sementara itu, mantan naib presiden PKR yang kini menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM), Datuk Zuraida Kamaruddin, berdepan dengan lapan calon dalam usahanya mempertahankan kerusi parlimen Ampang kali ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >