Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Khairy Jamaluddin cedera setelah jatuh basikal

Dec 27, 2020 | 7:01 PM
Encik Khairy mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di hospital berdekatan.
Encik Khairy mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di hospital berdekatan. - Instagram / Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, Khairy Jamaluddin, mengalami kecederaan akibat kemalangan selepas basikal yang ditunggangnya melanggar sebuah lubang.

Ahli Parlimen Rembau itu mengongsi gambar kemalangan tersebut dalam satu catatan di Instagram pada Ahad (27 Dis).

Berdasarkan apa yang ditulis, basikalnya dipercayai melanggar lubang menyebabkan beliau tercampak ke dalam parit, lapor Astro Awani.

Beliau turut mengongsi keadaannya selepas jatuh ke dalam parit itu.

Setiausaha Akhbar Khairy, Raja Syahrir Bakar‏ melalui Twitternya memaklumkan, Encik Khairy hanya mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di hospital berdekatan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg